PAROI- 26 Mei 2017, Malam Wasatiyyah Ummah Sempena Hari Belia Negara 2017 disambut penuh meriah dengan dihadiri lebih 750 peserta seluruh daerah di Negeri Sembilan yang berlangsung pada malam 25 Mei lepas di Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Paroi.
Program keagamaan yg berkonsepkan Bual Bicara 'Borak Santai Wasatiyyah' ini bertujuan untuk menyampaikan dan menerangkan isu-isu semasa hari ini yang berkaitan dengan agama dan sahsiah belia yang telah disampaikan oleh penceramah jemputan YBhg. Al Fadhil Ustaz Haji Nor Azamir bin Haji Alias, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus bersama Selebriti TV Ebby Yus.
Antara tetamu jemputan yang hadir dan memeriahkan lagi program tersebut adalah YB Tuan Mohd Ghazali bin Abd Wahid ADUN Kawasan Paroi, Puan Azura Haji Sarbin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Encik Azizan bin Saad Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan bersama barisan EXCO Majlis Belia Negeri Sembilan.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 460
