Jempol, 6 Oktober 2019 -Telah berlangsung Program Masterclass Choreography yang diadakan di Dewan Kompleks Rakan Muda daerah Jempol bermula 5 hingga 6 Oktober 2019.
Program ini dihadiri seramai 40 orang peserta yang merupakan penggerak sukan aerobik dari daerah Jempol, Jelebu, Kuala Pilah, Seremban, Tampin, Gemas dan Segamat, Johor.
Program ini yang juga merupakan anjuran Kelab Kecergasan Bahau dihadiri oleh Presiden Senamrobik Malaysia, Puan Makwan Bee binti Majid dimana beliau turut menyampaikan ucapan aluan pada Majlis Penutup program tersebut. Seterusnya majlis penutup disempurnakan oleh Encik Muhammad Syahir Bin Mohd Sabri, wakil Pegawai Belia dan Sukan daerah Jempol.
Turut hadir pada majlis penutup Zin Nanie, Zin Julie dan Instruktur Ijat.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 503
