PAROI, 8 Ogos 2017 - Telah berlangsung Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Ballroom Kompleks Belia dan Sukanb Paroi disini. Majlis yang berlangsung seawall 10 pagi itu dihadiri oleh semua kakitangan JBS Negeri Sembilan termasuk wakil dari semua Pejabat Belia dan Sukan Daerah.
Antara pengisian program ialah meraikan kakitangan yang telah bertukar, penyampaian sijil pekerja terbaik bulanan dan juga meraikan pelajar praktikal yang telah tamat latihan industri di jabatan.
Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah JBS Negeri Sembilan, Puan Azura Haji Sarbin . Dalam ucapan beliau pada pagi tu, beliau mengucapkan ribuan terimakasih kepada pegawia yang bertukar atas khidmat bakti terhadap JBS Negeri Sembilan.
JEMPOL, 07 Ogos 2017 - Telah berlangsung Program Sinergi dan Interaktif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Pertubuhan Belia Daerah Jempol bertempat di Bilik Gerakan, KRM Jempol. Program ini telah dihadiri oleh wakil MBD Jempol bersama Badan Gabungan, MBFM Wilayah Raja Alias, MBFeM Daerah Jempol dan MYHA Daerah Jempol.
Hadir sama Timbalan Pengarah JBS Negeri Sembilan Encik Hatta bin Mohd Yassin bersama Encik Nor Faizal bin Nordin, Encik Mohd Zulhusmi bin Mohd Noor dan Puan Afizah bt Aduring.
PORT DICKSON- 5 Ogos 2017, Telok kemang sedang berlangsung Flag Off Program Kayak Kemanusiaan Paddle2 Bagan Lalang anjuran Persatuan Belia Kemang Jaya dgn kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Dearah Port Dickson dan Kelab Rakan Muda Port Dickson. Majlis disempurnakan oleh Pegawai Daerah Port Dickson Tuan Khairy B Maamor. Turut hadir YB Dato' VS Mogan, Ketua Penerangan MIC Kebangsaan.
TELOK KEMANG – 2 Ogos 2017, Telah dilaksanakan satu Program Sinergi Interaktif Persatuan Belia Daerah Port Dickson bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri sembilan di Balairaya Kampung Telok Kemang
Melalui program ini kepimpinan Majlis Belia Daerah Port Dickson , Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kehadiran wakil Encik Norfaizal bin Nordin selaku wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri secara bersama bagi membincangkan hala tuju Persatuan Belia di daerah Port Dickson bagi menghasilkan Persatuan Belia yang berkualiti dan bukannya kepada kuantiti semata-semata.
PORT DICKSON -2 Ogos 2017 , Telah berlangsung mesyuarat yang dikelolakan oleh Majlis Sukan Daerah Port Dickson Bagi membincangkan penyediaan penyertaan pasukan Daerah ke Sukan Negeri Sembilan (SUKNES) yang dijangkakan akan dilaksanakan pada 22 hingga 24 September yang melibatkan Vanue di Seremban dan Port Dickson.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Khairy bin Maamor dimana Pejabat Belia dan Sukan daerah Port Dickson diminta bagi membantu menguruskan persiapan pasukan yang melibatkan persatuan, Pejabat Pendidikan Daerah dan IPTA/IPTS yang terlibat. Antara sukan yang terlibat adalah Sepak Takraw, Bola Jaring, Bola Baling, Ragbi, Bola Keranjang, Boling dan beberapa acara kombat iaitu Muay Thai, Taekawando dan Silat.
PORT DICKSON - 1 Ogos 2017, Satu lawatan keatas peminjam TKWAPEB bagi Daerah Port Dickson telah dilakukan bagi mendapat maklum balas daripada peminjam khususnya dalam pendekatan dalam isu bayaran balik.
Sebanyak 2 orang peminjam telah terlibat dalam lawatan yang dibuat yang diketuai oleh Wakil Jabatan, Encik Abdul Khalid dan wakil Pejabat belia dan sukan daerah iaitu Encik Mohamaf Rozaiham. Bin Abd. Rahman.
TAMPIN - 29 Julai 2017 , Telah berlangsung Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di Sekolah Menengah Taman Indah dengan penglibatan pelajar seramai 190 orang. Taklimat diberikan oleh wakil Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan iaitu Nor Faizal Nordin Pegawai Pembangunan Sosial .
Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda turut menekankan semangat kesukarelaan dalam berpasukan, semangat jatidiri dalam diri serta memberi peluang kepada peserta meningkatkan keyakinan dalam diri dalam melaksanakan segala aktiviti yang dilakukan.
Hadir sama semasa sesi berlangsung Siti Azura binti Abdullah, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, serta Guru GPK Ko Kurikulum Sekolah Menengah Taman Indah.
PAROI - 28 Julai 2017, Kelab WARIS JBS Negeri Sembilan telah menganjurkan jamuan raya bagi memeriahkan lagi kehangatan bulan Syawal. Jamuan ini diadakan secara pock luck dimana setiap unit di Jabatan ini menyumbangkan pelbagai jenis juadah hari raya. Antara juadahnya adalah, rending, ketupat, laksa, laksam, mee sup, aneka buah-buahan serta banyak lagi selain kuih-kuih raya.
Bersempena dengan sambutan tersebut, telah diraikan juga dua orang pegawai di jabatan ini yang mana akan bersara pilihan serta pegawai bertukar ke agensi lain.
Khairul Shahril bin Shahbudin, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Port Dickson yang ditempat secara sementara di jabatan ini telah akan bersara pilihan pada Julai ini. Beliau yang telah berkhidmat serta menyumbang bakti selama 28 tahun dalam perkhidmatan awam memilih bersara awal atas faktor kesihatan.
Turut diraikan juga, Musa bin Salim, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan yang telah dinaikkan pangkat ke Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh pada Julai ini juga.
Pihak Jabatan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas jasa dan sumbang bakti kepada JBS Negeri Sembilan.
SEREMBAN- 12 Julai 2017 Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila Sekretariat Duke of Edinburgh Int Award memuji pelaksanaan program berkenaan.
Setiausaha Agung Yayasan Anugerah Antarabangsa Duke of Edinburgh, John May berkata, program itu yang bermula sejak 1956 berjaya membantu golongan muda di 140 negara memajukan diri dan meningkatkan kemahiran mereka.
Katanya, ramai golongan muda di seluruh dunia mendapat manfaat daripada program berkenaan yang bertujuan menyemai semangat sukarelawan dalam diri mereka.
ARPRM diramgka khusus untuk menjadi landasan terbaik buat golongan muda membina asas kukuh kearah personalit yang baik.
Setiap peserta didedahkan dengan ilmu dan kemahiran oleh jurulatih berpengalaman untuk membantu membina sifat kepimpinan, kesukarelawan dan keyakinan diri. “katanya selepas melakukan lawatan kerja di Komples Belia dan Sukan, Paroi disini petang kelmarin.
Hadir sama, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Azura Sarbin dan pengerusi persatuan Belia Dinamik Barat (PBDM) selaku penyelaras ARPRM peringkat Negeri Sembilan. Zaharuddin Abd Majid.
Pada majlis itu, May turut menyampaikan sijil peringkat perak dan gangsa kepada 40 peserta ARPRM.
Sementara itu Azura berkata pihaknya berpuas hati perjalanan program itu apabila 500 peserta berusia 14 hingga 25 tahun menunjukkan minat menyertainya.
Menurutya, tahun ini pihaknya memperluaskan skop penyertaa dengan menarik penyertaan kalangan ahli keluarga golongan asnaf. Sumber : Harian Metro