JEMPOL, 19 Oktober 2019 - Telah berlangsungnya Cabaran Mendaki Bukit Sempena Bulan Sukan Negara Daerah Jempol di Bukit Bunga, Serting Tengah.Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Dato Johan, Serting Tengah.
Cabaran ini melibatkan penyertaan seramai 25 orang dan belia dan orang awam yang berminat mendaki.Program telah bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Peserta telah diberi sedikit taklimat ringkas dan bacaan doa oleh Encik Nor Azlan Bin Mat Jamil, Biro Sukan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Dato Johan sebelum memulakan pendakian.
Turut hadir Encik Mohd Fauzi Bin Zakaria, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung, Kampung Dato Johan, Puan Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Encik Mohd Amri Bin Rubangi, Penolong Jurutera dan Encik Osman Bin Ibrahim Pembantu Tadbir.Peserta dapat merasai suasana pendakian yang menarik dan seronok untuk sampai kepuncak. Ketinggian Bukit Bunga ialah 360 meter yang juga terdapat batu kapur. Peserta juga dapat melihat pemandangan yang cantik di sekitar kawasan jempol dengan jelas. Semoga aktiviti mendaki akan diterus pada masa akan datang bagi melahirkan ganerasi sihat, cergas serta dapat memupuk semangat cinta kepada alam sekitar

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 801