PORT DICKSON, 12 Januari 2020 - Telah berlangsung Program Ramah Mesra Dan Ziarah Kasih oleh YB Dato Seri Rina Binti Mohd Harun, Menteri Pembangunan Luar Bandar bersama masyarakat dalam Dun Bagan Pinang bertempat di Dewan Bagan Pinang, Port Dickson hari ini .
Pelbagai acara juga diadakan pada program ini antaranya gubahan bunga, hasil kraftangan, mewarna bagi kanak - kanak, persembahan serta gerai - gerai jualan dan pameran dari agensi kerajaan dan badan - badan NGO. Lawatan masyarakat juga diadakan di sekitar Dun Bagan Pinang .
Turut hadir bersama dalam program ini adalah YB Ravi A/L Munusamy ADUN Sri Tanjung, Tuan Khairy bin Maamor Pegawai Daerah Port Dickson, Tuan Zamrie Bin Esa YDP Majlis Perbandaran Port Dickson, Ketua - Ketua Jabatan Daerah, Tuan Ibrahim Khan Penyelaras DUN Bagan Pinang, wakil agensi - agensi kerajaan dan badan - badan NGO serta wakil - wakil syarikat penaja yang terlibat dalam penganjuran program .
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 658
