- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 710
PROGRAM FUN IN THE DOOR PERKHEMAHAN ARPRM SEKRETARIAT RAKAN MUDA POLITEKNIK PORT DICKSON 2020
PORT DICKSON, 1 Mac 2020 Sabtu- Telah berlangsung Program Fun In The Door Perkhemahan ARPRM Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson selama 3 hari 2 malam mulai pada 28 Februari hingga 1 Mac 2020 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah
Program ini adalah anjuran bersama Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta kerjasama Kelab Rakan Muda Telok Kemang.
Program ini telah disertai seramai 60 orang peserta yang bertujuan bagi melengkapkan diari para peserta dibawah Komponen Penjelajahan Lasak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda selain itu bagi melatih para peserta mengilap sifat jati diri, sifat kepimpinan dan penerapan nilai-nilai murni dikalangan para peserta
Majlis perasmian penutup dan majlis pentauliahan pingat gangsa telah disempurnakan oleh En Nor Azli bin Mohamad Daud Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Turut hadir Puan Aziana binti Hizazi Penolong Pengarah Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan N.Sembilan, En. Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, En Yusnizam Bin Yahya Penyelaras Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson, En Norfaizal Bin Nordin Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah serta kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson
Tahniah dan syabas kepada semua para peserta dan penerima pingat gangsa ARPRM
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 710
