SEREMBAN, 13 Februari 2020 - Siri pemantauan gelanggang-gelanggang futsal Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang berada di dalam Negeri Sembilan khususnya sekitar Seremban telah di buat oleh Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Untuk sesi kali ini pemantauan dibuat di Gelanggang Futsal Taman Pinggiran Senawang dan Gelanggang Futsal Taman Panchor Jaya dimana sesi pemantauan dibuat bagi mengenalpasti keperluan semasa setiap gelanggang sedia ada untuk dibaikpulih serta membincangkan aspek-aspek seperti keselamatan, kebersihan, kawal selia dan peranan Jawatankuasa Pengurusan Gelanggang yang telah dipilih.
Sesi pemantauan ini turut disertai oleh Puan Aziana binti Hizazi, Penolong Pengarah Rakan Muda dan Encik Zulfadli bin Ahmad, Pegawai Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 686
