REMBAU , 9 Oktober 2019 - Bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Rembau telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan ke 6 Persatuan Bola Sepak Daerah Rembau.
Mesyuarat telah dihadiri oleh Ahli-ahli Jawatankuasa Persatuan Bolasepak Daerah Rembau serta perwakilan dari Kelab Gabungan Persatuan Bolasepak Daerah Rembau.
Mesyuarat ini bertujuan untuk memilih Ahli Majlis yang baru bagi tempoh 2019 - 2022.
Majlis Perasmian telah di rasmikan oleh Y.T.M Dato' Lela Maharaja Dato' Hj. Muhamad Sharip bin Hj. Othman Dato' Undang Luak Rembau. Turut Hadir Ybhg Tuan Mohamad Najib bin Mustafa Pegawai Daerah Rembau dan Ketua-ketua Jabatan kerajaan dalam Daerah Rembau.
JELEBU, 08 Oktober 2019 - Bahang kehangatan Bukan Sukan Negara kian terasa dengan berlangsungya satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Sukan Negara Daerah Jelebu 2019 bertempat di Bilik Persidangan, Kolej Komuniti Jelebu.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Nurul Huda binti Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu ini adalah bertujuan untuk menyelaras dan menyusun segala perancangan pelaksanaan program Bulan Sukan Negara Daerah Jelebu yang akan diadakan pada 24 Oktober 2019 di Kolej Komuniti Jelebu. Perbincangan juga turut meliputi tentang aspek keselamatan dan teknikal agar program yang dirancang akan berjalan dengan selamat dan sempurna. Untuk rekod, Bulan Sukan Negara Daerah Jelebu akan dilaksanakan secara bersama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Kolej Komuniti Jelebu dan Institut Pemulihan Dadah Jabatan Penjara Malaysia Jelebu dan disokong penuh oleh Jabatan-jabatan dan Agensi daerah Jelebu.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En. Mohamad Izwan bin Ayob, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, En. Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Jelebu, Puan Nurulhaizan binti Abdul Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu beserta kepimpinannya, Ketua-ketua Jabatan serta wakil dan Ngo's Belia dan Sukan yang akan terlibat sama dalam pelaksanaan program ini nanti.
Semoga segala perancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar seterusnya dapat memberikan impak positif kepada semua peserta-peserta dan belia Daerah Jelebu. Aktifkan diri anda menuju Bulan Sukan Negara 2019.
TAMPIN, 9 Oktober 2019 - Hari ini diadakan Mesyuarat Eksekutif Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bil.3/2019, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) Bil.3/2019 dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Bil.3/2019. Ketiga-tiga mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Nor Azli bin Mohamad Daud, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.Mesyuarat berkala tiga bulan sekali dan mengikut pusingan giliran kali ini telah diselaraskan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Seawal jam 9.00 pagi ahli mesyuarat yang terdiri daripada pegawai kanan JBS, Pegawai Belia dan Sukan Daerah dan ahli jawatankuasa setiap mesyuarat mula memasuki Bilik Mesyuarat Zamrud, Majlis Daerah Tampin.Objektif mesyuarat diadakan untuk membentangkan perihal kewangan merangkumi kedudukan terkini, peratusan semasa dan pelaporan bayaran dan tanggungan. Selain itu, pembentangan laporan audit bagi laporan pemeriksaan aset alih seperti gymnasium, fasiliti sukan, bekalan aset dan stok stor pusat di jabatan. Sementara bagi mesyuarat eksekutif lebih kepada pembentangan program profil baru dan pelaporan di setiap PBSD meliputi pengurusan pejabat, unjuran dan prestasi aspirasi daerah, kedudukan terkini persatuan atau kelab belia dan sukan serta "progress" terkini persiapan Bulan Sukan Negara.
Kesempatan ini juga, Tuan Pengarah bersama pegawai kanan JBS telah mengadakan kunjungan hormat kepada Puan Suhaiza bt Shahrudin, Pegawai Daerah Tampin merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin.Di akhir mesyuarat, Tuan Pengarah mengingatkan kepada semua agar menjaga integriti sebagai penjawat awam dan sentiasa meningkatkan kualiti kerja dalam apa jua perlaksanaan program. Mesyuarat berakhir pada jam 5.00 petang.
TAMPIN, 9 Oktober - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Nor Azli bin Mohamad Daud hari ini melakukan kunjungan hormat bersama pegawai-pegawai kanan JBS ke atas Pegawai Daerah Tampin, Puan Suhaiza binti Sharudin (Merangkap YDP Majlis Daerah Tampin) di pejabatnya pagi tadi.Pertemuan dua hala ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama strategik diantara dua agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan tempatan. Antara perkara yang turut dibincangkan adalah persetujuan bersama dalam merangka pelan perancangan pembinaan Kompleks Sukan Gemas. Disamping itu, pertemuan ini juga menjadi platform jalinan kerjasama dan berkongsi pendapat dalam pelaksanaan Bulan Sukan Negara Peringkat Daerah Tampin.Turut hadir Encik Hatta bin Mohd Yasin (Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia), Puan Junaine bt Mohamad (Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan) dan Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin). Kunjungan hormat ini bersempena dengan Mesyuarat Eksekutif Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) dan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan (JKPA) yang mana PBSD Tampin sebagai “host” dan diadakan di Bilik Mesyuarat Zamrud, Majlis Daerah Tampin.#teamjbsn9
Paroi, 9 Oktober 2019 - Telah berlangsung Program Youth Career (y-Career) Kursus Mobilegraphy dan Business Online Marketing Peringkat Negeri Sembilan 2019. Program ini akan dilaksanakan selama 5 hari bermula 9 Oktober sehingga 13 Oktober dari jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang dengan mendapat kerjasama daripada pihak Sozo Production.
Program y-Career ini merupakan salah satu inisiatif untuk membantu golongan belia Negeri Sembilan khasnya dalam memberi tumpuan kepada latihan intensif jangka pendek terutama kepada belia di luar bandar dalam usaha melahirkan generasi muda yang lebih berilmu dan berkemahiran tinggi. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada belia untuk mencipta peluang pekerjaan sendiri tanpa bergantung kepada mana-mana pihak. Semoga para peserta memperolehi manfaat dan ilmu yang berkekalan sepanjang program ini berlangsung.
JELEBU, 08 Oktober 2019 - Bahang kehangatan Bukan Sukan Negara kian terasa dengan berlangsungya satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Sukan Negara Daerah Jelebu 2019 bertempat di Bilik Persidangan, Kolej Komuniti Jelebu. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Nurul Huda binti Musa, Ketua Penolong Pegawai Daerah Jelebu ini adalah bertujuan untuk menyelaras dan menyusun segala perancangan pelaksanaan program Bulan Sukan Negara Daerah Jelebu yang akan diadakan pada 24 Oktober 2019 di Kolej Komuniti Jelebu.
Perbincangan juga turut meliputi tentang aspek keselamatan dan teknikal agar program yang dirancang akan berjalan dengan selamat dan sempurna. Untuk rekod, Bulan Sukan Negara Daerah Jelebu akan dilaksanakan secara bersama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, Kolej Komuniti Jelebu dan Institut Pemulihan Dadah Jabatan Penjara Malaysia Jelebu dan disokong penuh oleh Jabatan-jabatan dan Agensi daerah Jelebu.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh En. Mohamad Izwan bin Ayob, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, En. Fayrouz bin Ahmad Zawawi, Pengarah Penjara Jelebu, Puan Nurulhaizan binti Abdul Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu beserta kepimpinannya, Ketua-ketua Jabatan serta wakil dan Ngo's Belia dan Sukan yang akan terlibat sama dalam pelaksanaan program ini nanti.Semoga segala perancangan yang dirancang akan berjalan dengan lancar seterusnya dapat memberikan impak positif kepada semua peserta-peserta dan belia Daerah Jelebu. Aktifkan diri anda menuju Bulan Sukan Negara 2019.
REMBAU, 9 Oktober 2019 - Telah berlangsungya satu Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Bulan Sukan Negara Daerah Rembau dan Program Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan 2019 bertempat di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Rembau.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Siti Aisyah binti Nordin, Ketua Penolong Pegawai Daerah Rembau, ini adalah bertujuan untuk menyelaras dan menyusun segala perancangan pelaksanaan program Bulan Sukan Negara Daerah Rembau dan Program Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan 2019 yang akan diadakan pada 26 Oktober 2019 (Sabtu) bertempat di Kompleks Sukan Seri Layang Jaya, Rembau.
Perbincangan juga turut meliputi tentang aspek keselamatan dan teknikal agar program yang dirancang akan berjalan dengan selamat dan sempurna. Bulan Sukan Negara Daerah Rembau dan Program Sukan Luar Bandar Peringkat Negeri Sembilan 2019 akan dilaksanakan secara bersama di antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau, Pejabat Daerah Rembau, Jabatan-jabatan dan Agensi Kerajaan dalam Daerah Rembau serta di sokong sepenuhnya oleh Persatuan Belia dan Persatuan Sukan dalam Daerah Rembau.
PAROI, 8 Oktober 2019 - Jabatan Audit Negara Putrajaya (Bahagian Audit ICT) telah melakukan pengauditan sistem ePerolehan di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan pada hari ini seawal jam 9.00 pagi.
Dua orang pegawai iaitu Pn Azizah Binti Abd Kadir, Ketua Penolong Pengarah dan Pn Fakhrana Hazrina Binti Abdul Aziz, Penolong Pengarah Audit telah ditugaskan bagi pengauditan tersebut.
Auditan tersebut memfokuskan tentang kajian soal selidik mengenai capaian sistem ePerolehan di JBS Negeri Sembilan serta kekangan yang dihadapi oleh PTJ bagi proses pembelian terus dan sebutharga. Sesi auditan berakhir jam 12.00 tengahari.
KUALA PILAH, 6 Oktober 2019 (Ahad) - Telah berlangsung satu Mesyuarat Agong, Persatuan Belia Sepakat Kampung Kok Talang bertempat di Balairaya Kg. Kok Talang. Majlis Perasmian Mesyuarat telah disempurnakan oleh Tuan Haji Jamali b. Salam, Penyelaras Dun Sri Menanti.
Turut bersama-sama hadir pada Majlis Perasmian Mesyuarat kali ini ialah En. Nor Rashidi b. Hj. Rmadzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah, En. Azrin Shah Redzuan, Pengerusi Persatuan Belia Sepakat Kg. Kok Talang, En. Shakirin b. Ibrahim Pengerusi MPKK 1 serta barisan ahlijawatankuasa persatuan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Persatuan Belia Sepakat Kg. Kok Talang kerana telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung pada tahun ini.