SEREMBAN, 2 Disember 2020 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah mengadakam sesi kunjung hormat ke atas YB Dato’ Dr Razali bin Ab Malik bagi tujuan memperkenalkan diri sebagai Pengarah Baru JBSNS.
Dalam sesi kunjungan ini juga, tuan pengarah turut mengambil kesempatan untuk membincangkan berkenaan perjalanan program- program berkaitan dengan belia dan sukan pada tahun ini terutama dalam suasana pandemik covid 19 dan tempoh PKPB ini.
Turut sama dibincangkan ialah berkenaan proses penyerahan gelanggang futsal yang dibina oleh pihak KBS serta projek- projek pembangunan fizikal untuk kemudahan sukan di Negeri Sembilan. Hadir bersama di dalam sesi ini ialah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Telok Kemang, 8 Disember 2020 - Menjelang Pelaksanaan Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat Negeri Sembilan, satu kunjung hormat dan penyelarasan akhir di buat bersama bagi memastikan pelaksanaan program ini dapat disempurnakan dengan jayanya. Aspek keselamatan dan pematuhan SOP ditekankan bagi memastikan program dapat dilaksanakan dalam keadaan selamat.
Turut bersama-sama dalam sesi ini ialah Puan Aziana binti Hizazi, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, En. Noorulhuda bin Abdul Rahaman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Tuan PPgB Mohd Kamal, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia, Telok Kemang dan Tuan Supt. Aidi Sham Mohamad, Ketua Polis Daerah Port DIckson.
KUALA PILAH, 5 Disember 2020
Telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Sekitar Felda Kepis, Kuala Pilah.
Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah bersama Persatuan Belia (MBFM) Felda Kepis yang telah disertai seramai 20 sukarelawan dari persatuan belia tersebut.
Konsep pelaksanaan program ini adalah edaran dan penyerahan kit Covid 19 disamping mengingatkan org ramai tentang S.O.P. musim PKPB.
5 destinasi persinggahan telah dipilih bagi perlaksanaan program ini bermula dan berkumpul dari Pusat Komuniti JKKR Felda Kepis, Pusat Mengumpul Getah (PMG) Felda Kepis, Kedai Makan berhampiran PMG, Kedai Makan Wak Bo, Kedai Makan Ali Hassan, Kedai Runcit Helmi dan destinasi terakhir sukarelawan ialah berkumpul semula di Pusat Komuniti JKKR Felda Kepis.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah En Nor Rashidi Bin Hj.Ramdzan Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah & kakitangan PBSD Kuala Pilah, En. Mohd Najib bin Mohd Radzuan, Pengerusi MBFM Wilayah Raja Alias & En.Mohd Daud bin Ahmad, Pengurus Felda Kepis.
JEMPOL, 05 Disember 2020 -Telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Jempol yang diadakan serentak sempena sambutan Hari Kesukarelawan Belia Malaysia sebagai pengiktirafan serta menghargai jasa-jasa sukarelawan.
Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Persatuan Belia Felcra Ayer Hitam serta Pejabat Penerangan Daerah Jempol.
Program dilaksanakan dengan membuat penyerahan kit Covid-19, pamplet serta poster berkaitan kepada barisan hadapan dan kommuniti setempat dengan norma baharu mengikut SOP yang telah di tetapkan.
Antara agensi yang telah dipilih dalam perlaksanaan program kali ini ialah MPKK, Felcra Kampung Baru Ayer Hitam, Hospital Jempol, Balai Bomba dan Penyelamat Seri Jempol, Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol dan berakhir di Masjid Tunku Muhriz Daerah Jempol.
Turut hadir bersama dalam program ini Puan Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Encik Mohammad Zulzaquan Bin Zakaria, Pembantu Belia dan Sukan Daerah Jempol, serta Encik Veloo Thevar a/l Suphpormarlan Ahli Parlimen Belia Negeri Sembilan.
Semoga dengan program seperti ini dapat memberi pendedahan awal kepada masyarakat mengenai bahaya Covid-19 serta dapat melahirkan lebih ramai sukarelawa pada masa akan datang.
SEREMBAN, 5 Disember 2020 - Sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia dan Sedunia tanggal 5 Disember 2020, satu program kesukarelawanan Rakan Muda Day Out @ Seremban telah berjaya di gerakkan oleh sukarelawan dari Persatuan Belia Dinamik Barat.
Program ini bertujuan bagi menyampaikan informasi berkaitan pencegahan Covid-19 dan edaran Kit Cegah Covid-19 yang mengandungi face mask, cecair sanitasi dan Vitamin C kepada orang awam di sekitar Seremban.
Misi ini bermula di Rumah Anak Yatim Darul Amina, Ampangan, Medan Selera Ampangan, Balai Polis Rahang, Seremban Gateway dan sekitar Seremban 2.
Hasil dari daya kreativiti sukarelawan dalam menyampaikan maklumat sehingga mudah di capai oleh masyarakat, pelekat berkaitan informasi pencegahan Covid-19 turut di tampal di beberapa lokasi yang strategik.
Semoga dengan penganjuran program berbentuk kesukarelawanan ini dapat membina jati diri anak muda disamping berkongsi manfaat bersama dan dalam masa yang sama menjadi medium penyampaian maklumat kepada masyarakat.
5 Disember 2020, Port Dickson - Telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Sekitar Daerah Port Dickson.
Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson bersama Majlis Belia Daerah Port Dickson, Gerakan Belia 4B Kota Lukut dan Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson yang telah disertai seramai 20 sukarelawan dari persatuan belia dan Sekretariat Rakan Muda.
Konsep pelaksanaan program ini adalah konvoi berkereta dan penyerahan kit Covid 19, pamplete serta poster- poster yang berkaitan dengan norma baru dan SOP Covid 19.
7 destinasi persinggahan telah dipilih bagi perlaksanaan program ini dengan dimulai dari Bilik Gerakan Gerakan Belia 4B Kota Lukut, Pusat Operasi Kelab Belia Bandar Dataran Segar, Pusat Operasi HYO Teluk Kemang, Bilik Gerakan Belia 4B Air Meleleh, Bilik Gerakan Belia 4B Si Rusa, Pasaraya Family Store Bandar Sunggala dan destinasi yang terakhir Masjid Kariah Teluk Kemang.
Turut hadir bersama dalam program ini ialah En Noorulhuda Bin Hj Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson serta kakitangan, En Azam Bin Zakaria Unit Rakan Muda JBS N.Sembilan, Pn Norazlina Binti Nadri Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson, Saudara Mior Badran Pengerusi GB4B Kota Lukut dan Saudara Mahadi Bin Saharudin wakil Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson.
Minggu ini merupakan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020. Sepanjang minggu ini Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Majlis Belia Negeri Sembilan telah menyediakan pelbagai program menarik untuk para belia diluar sana.
Ikuti perkembangan program Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2020 di Facebook Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan Majlis Belia Negeri Sembilan sepanjang minggu ini.
Tampin, 3 Disember 2020 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Tampin dan Pejabat Penerangan Daerah Tampin telah menganjurkan Program Rakan Muda 'Day Out' (RMDO) Peringkat Daerah Tampin bersempena dengan Sambutan Hari Kesukarelawanan Malaysia. Program diadakan bertujuan memupuk dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab dan berjiwa tinggi dalam kerja-kerja kesukarelawanan.
Program bermula seawal jam 8.00 pagi, telah disertai oleh 20 sukarelawan yang terdiri daripada calon peserta Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM). Seusai sesi taklimat dan pembahagian kumpulan oleh En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, program dimulakan serentak di Pasar Tani Tampin dan Pasaraya Econsave Tampin.
Sebagai pengisian program, para sukarelawan telah mengedarkan Kit Cegah Covid-19 yang mengandungi cecair pembasmi kuman, pelitup muka, buku, pamplet dan poster mengenai kesedaran serta pencegahan Covid 19. Sebanyak 300 pek kit telah diedarkan dan mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dikalangan orang awam. Sekitar jam 11.00 pagi, program ditamatkan di lokasi terakhir iaitu Pasaraya Mr. DIY Tampin.
Turut hadir menjayakan program ini adalah Encik Mohd Fauzi bin Mohd Yusoff, (Pejabat Penerangan Daerah Tampin), Encik Roszilan bin Awang (Pejabat FAMA Tampin) Encik Nor Hazlan bin Md. Noor (Majlis Belia Daerah Tampin), Encik Mohd Ikhwan bin Abdullah (Pemimpin ARPRM SMK Tunku Besar Tampin), Encik Lim Chin Yong (Pengurus Pasaraya Econsave Tampin), Encik Mohammad Hafiz bin Khalik (Pasaraya Mr. DIY Tampin) serta semua pegawai dan kakitangan PBSD Tampin.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan sebahagian pelitup muka oleh Pasaraya Econsave Tampin dan Buku Panduan Pencegahan Covid-19 oleh Pejabat Penerangan serta semua agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini.