MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA DAERAH PORT DICKSON 2020
PORT DICKSON, 27 MAC 2021- Bertempat di Klana Resort Port Dickson telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Port Dickson bagi tahun 2020.
Perasmian majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan dari Presiden Majlis Belia Daerah Port Dickson iaitu Puan Norazliana binti Nadri. Seterusnya majlis ucapan perasmian oleh Encik Mustaza bin Mustapa Kamal Timbalan Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan.
Turut hadir bersama adalah En Shahrizal bin Ramli Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan ahli-ahli dari badan gabungan Majlis Belia Daerah Port Dickson iaitu KBBT, HYO, KRM dan Gerakan Belia 4B.
Selain dari Mesyuarat Agung Tahunan seperti biasa, pada kali ini juga akan diadakan pemilihan baru kepimpinan MBD Port Dickson. Diharapkan dengan pelantikan baru kepimpinan MBD Port Dickson ini kecemerlangan MBD dapat diteruskan bagi memacu kecemerlangan belia-belia di daerah ini. Diucapkan selamat bersidang kepada semua ahli mesyuarat semoga kecemerlangan MBD Port Dickson dapat diteruskan pada masa akan datang.
Disediakan oleh : Shahrizal Ramli, PBSD Port Dickson
Disunting oleh : Nurul Ain Shamsuddin
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 601
