AEROBICTHON 90 MINIT TANPA HENTI 2021
JEMPOL, 4 April 2021 (Ahad) -“Aerobic Untuk Semua”.
Telah berlangsung program Aerobicthon 90Minit Tanpa Henti yang dianjurkan oleh Kelab Kecergasan Bahau bertempat di Dewan Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol.
Seramai 153 orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang rata-ratanya menetap di daerah Jempol, Kuala Pilah, Tampin dan Seremban. Program tersebut dimulakan dengan sesi meregangkan badan yang dibimbing oleh Puan Rusnani Hamzah diikuti dengan sesi aerobic selama 90minit tanpa henti. Acara cabutan bertuah juga diadakan sebelum majlis penutup untuk menghargai peserta-peserta yang hadir pada program ini. Turut hadir pada majlis penutup ialah Encik Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia & Sukan Daerah Jempol dan Encik Mohammad Zulzaquan Bin Zakaria, Pembantu Belia & Sukan Daerah Jempol.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 560
