Taklimat Pengurusan & Dokumentasi Perlantikan Sukarelawan MyVac Daerah Jempol
JEMPOL, 15 APRIL 2021 (Khamis) - Sesi Taklimat Pengurusan & Dokumentasi Perlantikan Sukarelawan MyVac Daerah Jempol telah diadakan di Bilik Gerakan Sukarelawan MyVac, Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol berjalan dengan lancar.
Seramai 20 orang belia pelbagai kaum telah mendaftar sebagai Sukarelawan MyVac kali ini. Daerah Jempol menjadi pilot projek Sukarelawan Perantis MyVac di Negeri Sembilan sempena pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) - Fasa 2 di Dewan Pejabat Daerah & Tanah Jempol bermula pada 19 April 2021 nanti.
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN KEPADA PENGERUSI JAWATANKUASA ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021
Rembau, 14 April 2021- Telah berlangsung satu sesi kunjung hormat En Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan kepada YB Dato’ Haji Zaifulbahri bin Haji Idris, ADUN Chembong merangkap Pengerusi Anugerah Perdana Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2021.
Tujuan kunjung hormat tersebut adalah untuk membincangkan pelaksanaan Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan pada tahun ini.
Turut hadir sama dalam perjumpaan ini adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Semoga perjumpaan ini dapat mencapai objektif dalam merealisasikan APBN tahun ini.
PAROI, 9 April 2021 - Perlawanan pertama yang melibatkan kemasukan penonton bagi Liga Bola Sepak Malaysia dipantau keteta oleh Jawatankuasa Task Force yang di tubuhkan khas di peringkat negeri bagi memastikan pematuhan SOP penganjuran acara berlangsung mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Pemantauan ini dibuat sendiri oleh En.Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negegri Sembilan dimana beliau telah melihat sendiri kawasan sekeliling stadium, persediaan dan pematuhan SOP ketika kemasukan penonton dibuat.
Turut bersama-sama dalam pemantauan pada hari perlawanan ialah YB Dato Mohamad Taufek bin Abd Ghani, Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Pemantauan secara keseluruhan juga dibuat oleh MKN Negeri Sembilan, PKD Seremban dam MBS. Dengan pemantuan yang ketat in diharapkan penganjur dapat terus patuh dan sekali gus menghindar penularan Covid - 19.
Pemantauan Pematuhan SOP Penganjuran MLF bagi Kemasukan Pemain ke-12
PAROI, 9 April 2021 - Perlawanan ke-5 selaku tuan rumah, NS FC semakin rancak dengan suntikan laungan semangat yang bergema menggegarkan Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) oleh Pemain ke-12. Saat-saat yang dinantikan oleh penyokong setia bola sepak NS FC untuk turut sama-sama berjuang meraih gol demi gol dan sekali gus mengekalkan kedudukan teratas dalam liga.
Pemantauan pematuhan SOP penganjuran dengan kehadiran penyokong bagi perlawanan kali ini dipantau ketat oleh RM-SBV dimana mereka ini telah ditugaskan memantau dan memastikan pematuhan SOP yang telah ditetapkan dipatuhi dan sekali gus dapat mengekang penularan Covid-19. Penganjuran kali ini turut melibatkan beberapa agensi pemantau yang bersama-sama turun padang dan melihat sendiri usaha keras penganjur dalam memastikan penyokong dapat masuk stadium.
Turut bersama-sama menggembelin tenaga dalam memastikan pematuhan SOP ini, YB Dato Mohamad Taufek bin Abd Ghani EXCO Pembangunan Belia dan Sukan dan En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Pasukan Task Force Pematuhan SOP Penganjuran Sukan dan Rekreasi antaranya MKN Negeri Sembilan dan KKM Negeri Sembilan juga bersama-sama pada perlawanan malam tadi.
Sudah pasti pematuhan yang konsistent dapat memberi nafas lega kepada MFL dan NSFC untuk terus mengorak langkah dalam menambah kapasiti kemasukan penonton pada perlawanan akan datang.
Ayer Keroh, 4 April 2021 - Kreatif, inovatif dan seiring dengan perkembangan serta pemodenan teknologi kunci pemudahcara penyampaian maklumat yang effektif.
Program anjuran Majlis Belia Malaysia dan Jabatan Belia Sukan Negara dihadiri oleh Pegawai Komunikasi dan Media Sosial JBS Negeri Sembilan bertujuan untuk memberi maklumat dan informasi yang tepat berkaitan aplikasi-aplikasi media sosial yang diguna pakai pada masa ini serta dapat memaksimumkan penggunaan media sosial bagi membantu menyebarluas maklumat dan aktiviti pertubuhan dengan berkesan serta beretika.
Program peringkat Zon Selatan ini turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Negeri Johor, Melaka, Persatuan Belia dan Peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh En Norman bin Ramlan, Pengarah JBS Melaka.
Terima MBN atas penganjuran program yang memberi impak positif kepada perkembangan kemahiran individu ini.
MESYUARAT PENYELARASAN BAGI PROGRAM “SIFU MOTOCROSS X INTERNATIONAL
SENDAYAN, 7 April 2021 - Mesyuarat Penyelarasan Bagi Program “Sifu Motocross X International” telah dilaksanakan bertempat di d’Tempat Country Club, Sendayan dan dipengerusikan oleh Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Pembangunan Sukan JBSNS.
Mesyuarat ini telah dibentangkan secara terperinci oleh Encik Farid Kamil selaku pengelola program. Perancangan program ini akan dibuat secara berskala besar pada Mei 2021 dan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Manakala pada 10 April 2021 (Sabtu) akan diadakan program “Motorcross Track Day” bertempat di X-Park Sendayan yang menjadikan pengenalan kepada program tersebut. Program ini juga merupakan idea daripada Sport Tourism And Recreation Development Association” (STARDA) dan d’Tempat Country Club telah dipilih sebagai lokasi utama dalam penganjuran program.
Wakil daripada Motorsport Association Of Malaysia (MAM), Encik Iliyas Rabani juga hadir bagi membantu dan sebagai penasihat bagi keseluruhan program ini. Mesyuarat ini juga turut dihadiri daripada wakil Majlis Keselamatan Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Seremban dan Jabatan RELA Negeri Sembilan
Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu (MGBDJ)
JELEBU, 06 April 2021- Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu (MGBDJ) bertempat di Tingkat Atas, Bangunan Maybank, Jelebu jam 9.00 malam.
Mesyuarat yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyemak kembali perkara-perkara yang penting dan perlu disegerakan untuk melancarkan perjalanan MGBDJ. Antara isi penting perbincangan ialah berkisar tentang kepentingan dokumentasi terutama Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) yang menjadi kewajipan tahunan sesebuah persatuan untuk dihantar ke pihak Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu juga turut dijemput dan beliau telah menyampaikan hasrat, nasihat, teguran dan kata-kata semangat kepada MGBDJ untuk terus mencipta kecemerlangan dimasa akan datang. Perjumpaan hari ini juga menjadi platform kepada ahli jawatankuasa MGBDJ melontarkan aduan,soalan dan cadangan-cadangan mereka kepada pihak pejabat.
Mesyuarat ini telah dihadiri oleh En. Mohd Fauzan bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu beserta kepimpinannya dan turut hadir ialah Puan Nurulhaizan binti Abd Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu.
Tahniah diucapkan kepada Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa MGBDJ atas pelaksanaan mesyuarat ini. Semoga segala perancangan yang disusun akan berjaya seterusnya membawa MGBDJ terus kekal di atas landasan pentadbiran yang baik dan sistematik.
Semoga kerjasama yang sudah terjalin dapat terus dieratkan dan diperkukuhkan demi pembangunan belia dan sukan di Jelebu khususnya dan di Negeri Sembilan amnya.
MESYUARAT JAWATANKUASA TASK FORCE SOP SUKAN DAN REKREASI 2021
SEREMBAN, 6 April 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Task Force SOP Sukan dan Rekreasi Peringkat Negeri Sembilan 2021 telah dilaksanakan bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan dipengerusikan oleh Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah JBSNS.
Mesyuarat ini dilaksanakan bagi menyelaras Prosedur Operasi Standard (SOP) Sektor Sukan dan Rekreasi bagi Kemasukan Penonton ke acara Liga Premier. Pembentangan perincian SOP di buat oleh En. Muhammad Firdaus bin Bahri dari Negeri Sembilan Football Club (N9 FC) selaku penganjur tetap bagi Perlawanan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi.
Pembentangan yang dibuat oleh N9 FC memberi gambaran positif kepada kemasukan pemain ke-12 bagi perlawanan bola sepak yang semestinya dinanti-nantikan oleh peminat sukan ini.
Turut hadir bagi memastikan penyediaan SOP ini berkesan ialah wakil Unit Kerajaan Tempatan, Majlis Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negeri Sembilan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan, Malaysian Football League (MFL), Majlis Sukan Negeri Sembilan dan Majlis Bandaraya Seremban.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS BELIA DAERAH TAMPIN
TAMPIN, 4 April 2021- Buat julung - julung kalinya, Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Tampin Kali Ke-26/2019 dan Ke-27/2020 telah diadakan secara berturutan hari di Hotel Lexis, Port Dickson. Ini telah menjadi pengalaman berharga bagi semua ahli gabungan selama berkampung pada 3 - 4 April 2021. Selain daripada Jawatankuasa MBD, antara perwakilan gabungan yang hadir ialah Majlis Belia Felda Daerah Tampin (MBFM), Persatuan Asrama Belia Daerah Tampin (MYHA) dan Angkatan Belia Islam Daerah Tampin (ABIM).
Mesyuarat ini yang telah sepatutnya dijadualkan diadakan pada penghujung Disember 2020 di A Farmosa Resort, Melaka telah ditangguhkan ke 30 - 31 Januari di Hotel Muzaffar Melaka. Namun begitu, mesyuarat ini sekali lagi ditangguhkan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) oleh kerajaan Malaysia.
Seawal jam 3.00 petang pada hari pertama, Mesyuarat Agung Tahunan MBD Tampin Kali Ke-26/2019 dimulakan setelah pihak pemerhati mendapati dan mengesahkan korum keahlian mesyuarat telah mencukupi. Seusai bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, mesyuarat didahului dengan ucapan aluan daripada Encik Rizam Azmi bin Ibrahim, Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin (2018-2020) seterusnya perlantikan pengerusi mesyuarat, pembentangan dan pengesahan minit Mesyuarat Agung Kali Ke-25/2018, pembentangan dan perbahasan usul dan diakhiri dengan penangguhan mesyuarat.
Sepanjang perlaksanaan mesyuarat ini telah berjalan dengan lancar dan diakui oleh pihak pemerhati yang hadir iaitu Encik Muhammad Nazmi bin Adnan dari Majlis Belia Negeri Sembilan, Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Puan Zahizan bin Rosli (PBSD Tampin). Sementara pada hari kedua (4 April 2021), Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Tampin Kali Ke-27/2020 pula diadakan bagi pemilihan Pengerusi dan Ahli Jawatan Kuasa yang baharu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Nazmi bin Adnan, Naib Pengerusi Majlis Belia Negeri Sembilan.
Berdasarkan kepada senarai pencalonan yang telah dihantar oleh semua ahli gabungan pada penghujung Disember 2020, sesi pemilihan telah dijalankan. Encik Zarif Asyarf bin Norazmi telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Majlis Belia Daerah Tampin Sesi 2020 - 2021 setelah menang tanpa bertanding. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin merakamkan ucapan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah dilantik. Semoga barisan muka baharu dan muda ini dapat menjalankan amanat dan tanggungjawab dengan lebih berdedikasi untuk mengembalikan semula kegemilangan serta keharmonian semua gabungan Majlis Belia Daerah Tampin.
Turut hadir sama dalam mesyuarat ini adalah Encik Ahmad Fauzan bin Badarudin, Pengerusi Tetap MBNNS, Encik. Mustaza bin Mustafa Kamal, Timbalan Presiden MBNNS dan Puan Muhaizzahera Wati binti Hashim, Setiausaha Agung MBBNS.