SEREMBAN, 25 April 2021 - Hari ke 7 Sukarelawan bertugas untuk Program Khidmat Sokongan MyVac bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) diteruskan.
Semoga Sukarelawan terus bersemangat dalam bersama-sama menjayakan PICK
SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA : KATEGORRI EMAS EMAJA PEDANA
PUTRAJAYA, 27 April 2021 - Sesi penilaian Anugerah Perdana Belia Negara Kategori Emas Remaja Perdana telah dihadiri oleh Cik Batrisyia binti Mohamad dan Encik Dinesh Kumar a/l Narayanasamy selaku wakil bagi Negeri Sembilan untuk kategori ini.
Kategori Emas Remaja Perdana adalah salah satu Kategori dalam Anugerah Perdana Belia Negara yang mengiktiraf pencapaian peserta melalui Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahap emas dan pencapaian mereka selepas 2 tahun ditauliahkan.
SESI LIBAT URUS BALAI RAKYAT KANVAS VSN2030 NEGERI SEMBILAN
Sesi libat urus balai rakyat edisi Negeri Sembilan telah berlangsung di Seremban pada hari ini, 29 April 2021.
Sesi libat urus ini telah dikendalikan oleh Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia, Datuk Ahmad Shapawi Ismail.
Turut hadir YB Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd Ghani, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan, EXCO & ADUN Paroi Negeri Sembilan dan YB Dato’ Haji Sabuddin Bin Haji Sani, Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan.
Seramai 74 orang yang hadir terdiri daripada kalangan jurulatih, pengetua sekolah, badan-badan sukan, dan atlet-atlet untuk berkongsi idea, impian dan harapan untuk sukan negara.
PERSIAPAN DAN SESI PENILAIAN AKHIR PROGRAM ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA 2021 PERINGKAT KEBANGSAAN (KATEGORI PERTUBUHAN BELIA)
Tampin, 28 April 2021- Hari ini telah diadakan Penilaian Akhir Program Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan (Kategori Pertubuhan Belia). Sesi penilaian pada kali ini dijalankan secara atas talian (virtual) dan berbeza dengan tahun sebelumnya yang mana para juri atau panel penilai akan turun ke lapangan.
Persatuan Belia (MBFM) Jelai 3, yang mewakili Negeri Sembilan telah mengungguli kedudukan lima teratas pada pemilihan awal sekali gus berjaya melangkah ke sesi penilaian akhir. Sebagai tanda sokongan, sekali lagi Team Bahagian Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan 'turun padang' bagi membantu persiapan teknikal dan persembahan yang mana diketuai oleh Timbalan Pengarah, Puan Junaine binti Mohamad.
Sesi penilaian yang bermula tepat jam 3.45 petang dan berakhir dengan jayanya setelah berlangsung selama lebih kurang 40 minit. Pelbagai reaksi positif, telatah dan celoteh para panel penilai dan peserta mewarnai serta mengamit perjalanan sesi penilaian ini. Encik Adib bin Abu Bakar, Pengerusi Persatuan Belia (MBFM) dalam ucapan ringkas merakamkan penghargaan dan terima kasih terutamanya Team JBS Negeri Sembilan dan Team PBSD Tampin yang banyak memberikan tunjuk ajar, teguran serta tips-tips berguna dari penilaian peringkat negeri sehingga ke peringkat kebangsaan. Beliau juga menyatakan perasan terharu atas kerjasama ahli jawatankuasa yang sanggup meninggalkan rutin harian bagi meluangkan masa hadir ke sesi ini walaupun menerima notis singkat.
Turut hadir memberikan sokongan, Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Cik Nuremily Ashikin binti Saadon, Setiausaha Kerja Majlis Belia Daerah Tampin. Syabas dan tahniah, semoga beroleh kejayaan untuk merancakkan lagi persaingan sihat diantara persatuan yang ada demi memartabatkan belia-belia Malaysia.
Majlis Berbuka Puasa Bersama Majlis Gabungan Belia Daerah Jempol
JELEBU, 26 April 2021- Telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa bersama Ahli Parlimen Jelebu, YB Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias bertempat di Kem Agroloka, Jelebu. Program anjuran Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu (MGBDJ) ini bermula pada pukul 6.00 petang dan telah mendapat sambutan hangat oleh belia-belia di dalam Daerah Jelebu.
Program ini jelas bertujuan untuk merapatkan lagi ukhwah yang sedia terjalin di antara Persatuan- persatuan Belia di Daerah Jelebu, Pemimpin Masyarakat setempat dan pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Program telah dimulakan dengan Majlis Bacaan Yasin yang telah dipimpin oleh Ustaz Nur Hairin Bin Khamis daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEANS) dan seterusnya program diteruskan lagi dengan penyampaian ucapan serta amanat daripada tetamu-tetamu jemputan.
Program ini turut dihadiri oleh YB Tuan Mohd Razi bin Mohd Ali, ADUN Sungai Lui, YB Tuan Noor Azmi bin Yusof, ADUN Pertang, En. Zulfadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama kepimpinannya, En. Mohd Fairos bin Rusli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan bersama kepimpinannya, En. Fauzan bin Aziz, Pengerusi Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu bersama kepimpinannya, Pengerusi dan ahli daripada Badan- badan Gabungan dan daripada Persatuan Belia Tunggal seterusnya tidak lupa juga belia- belia tempatan yang mempunyai minat mendalam dan iltizam yang tinggi dalam memajukan Persatuan Belia di Daerah Jelebu ini.
Di antara intipati ucapan daripada YB Ahli Parlimen Jelebu ialah beliau menaruh harapan yang tinggi kepada kepimpinan baru Majlis Gabungan Belia Daerah Jelebu untuk membawa belia Jelebu ke satu arah yang boleh dibanggakan oleh seluruh masyarakat. Beliau juga berharap hubungan dan usahasama yang baik yang telah sedia terjalin diantara MGBDJ, Majlis Belia Negeri Sembilan dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan melalui Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu ini dapat terus diperkukuhkan demi pembangunan belia dan sukan di daerah Jelebu.
REMBAU, 24 April 2021 - Telah berlangsung satu taklimat ringkat berkenaan MyVac yang bertujuan untuk memberi penerangan terperinci berkenaan tugasan bagi sukarelawan yang berminat.
Seramai 10 orang sukarelawan telah dikenalpasti dan hadir ke sesi taklimat tersebut. Taklimat kepada Sukarelawan MyVac Daerah Rembau ini berlangsung di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau bermula jam 10:30 pagi sehingga 12.30 tengahari dan telah disampaikan oleh Puan Fairuz binti Mohamad Nor Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rembau.
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM JELAJAH SOKONGAN KONTINJEN ROAD TO TOKYO 2020 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
PAROI - 26 April 2021, Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 23 Julai 2021 hingga 8 Ogos 2021. Majlis Sukan Negara Malaysia selaku sekterariat persediaan kontinjen negara akan menganjurkan Program Jelajah Road To Tokyo di negeri-negeri mulai 25 April 2021 hingga 6 Julai 2021. Satu Mesyuarat Penyelarasan Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 Peringkat Negeri Sembilan telah dipengerusikan oleh En. Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Takimat ringkas program telah sampaikan oleh En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah (Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bagi membincangan peranan dan keperluan JBS Negeri. Turut hadir Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBSNS, En. En. Mohd Zul Fadli bin Ahmad Pegawai Pembangunan Rakan Muda, Pn. Aziana binti Hizazi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Semua Pegawai Bahagian Pembangunan Belia dan Semua Pegawai Bahagian Pembangunan Sukan.
Perbincangan Mengenai Cadangan Pelupusan Gelanggang Futsal KBS di Daerah Jempol
JEMPOL, 21 April 2021 (Rabu) - Sesi Perbincangan mengenai cadangan pelupusan Gelanggang Futsal di bawah penyelarasan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Daerah Jempol telah diadakan bertempat di Pejabat Daerah & Tanah Jempol. Perbincangan ini diketuai oleh Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan bersama Tuan Syahrul Nizam bin Saleh, Pegawai Daerah Jempol untuk memberikan taklimat ringkas dan penjelasan lanjut bagi mendapatkan pandangan kedua-dua pihak mengenai kaedah pelupusan serta tindakan yang perlu dilakukan dalam melancarkan proses penyerahan dan sebagainya.
Turut hadir dalam sesi perbincangan kali ini ialah Encik Zulkiflee bin Mohamad@Haniffa, Timbalan Pentadbir Tanah, Pejabat Daerah & Tanah Jempol, Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Sukan, JBS Negeri Sembilan dan Encik Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Lawatan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Jempol
JEMPOL - 21 April 2021 (Rabu), Satu lawatan kerja telah dilaksanakan oleh Encik Zul Fadhli Bin Abd Aziz, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sembilan, ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pada hari ini bertempat di Dewan Pejabat Daerah & Tanah Jempol, Negeri Sembilan.
Rangka lawatan hari ini turut dihadiri oleh Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah Sukan, JBS Negeri Sembilan. Taklimat ringkas di PPV telah diberikan oleh Dr Eda Yuhanis binti Abdul Aziz daripada Klinik Kesihatan Daerah Jempol merangkap Ketua Penyelaras Pusat Pemberian Vaksin di Dewan Pejabat Daerah & Tanah Jempol.
Dalam pada itu juga, Tuan Pengarah sempat bertemu dan beramah mesra dengan Sukarelawan MyVac Daerah Jempol yang bertugas di PPV berkenaan dengan memberikan dorongan serta kata-kata semangat kepada mereka untuk terus berkhidmat dan berbakti dalam memudahkan pengurusan pemberian vaksin kepada masyarakat setempat.