Penugasan MyVac bagi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) di Daerah Rembau yang dijalankan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Rembau bemula seawal jam 8.00 pagi pada 3 April 2021. Sukarelawan MyVac Daerah Rembau turut melibatkan diri dalam membantu memudahcara program Imunisasi ini.
Jelebu, 30 April 2021- Bertempat di PPV Dewan D'Sury Kuala Klawang Jelebu, Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) telah dihadiri oleh seramai 10 orang sukarelawan MyVac dari Daerah Jelebu. Program ini telah dimulakan dengan sesi taklimat pengoperasian keseluruhan dan penugasan sukarelawan dari Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu yang akan dijadual bermula pada 3 Mei 2021. Sesi taklimat seterusnya yang khusus diberikan kepada sukarelawan MyVac telah disampaikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu Pn. Nurulhaizan Binti Abd Karim serta barisan pentadbiranya. Selamat bertugas kepada semua sekarelawan MyVac Daerah Jelebu dan semoga semuanya berjalan dengan lancar.
JELAJAH SOKONGAN KONTINJEN RTT 2021 NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN, 30 April 2021 - Bertempat di Royal Chulan, Seremban, pelepasan Team Jawatankuasa Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2021 telah disempurnakan oleh Pengurus Hotel Royal Chulan.
Konvoi ini akan beralih ke Zon Pantai Timur pada bulan Mei, Zon Utara Semenanjung pada Jun, diikuti Sabah, Sarawak Perak, Selangor dan Putrajaya dengan jarak keseluruhan 4,378 kilometer selama 29 hari.
RAKAN MUDA - SPORT BUBBLE VOLUNTEER - LIGA PREMIER MALAYSIA
PAROI, 24 April 2021 - Pemantauan pematuhan SOP penganjuran sukan bagi Liga Bola Sepak Malaysia diteruskan oleh Sukarelawan Rakan Muda - Sports Bubble Volunteers.
Pemantauan dengan kehadiran penonton dibuat bagi memastikan penganjur konsisten dalam mematuhi SOP yang telah digariskan sekaligus dapat mengurangkan risiko penyebaran wabak Covid-19.
PROGRAM JELAJAH SOKONGAN KONTINJEN ROAD TO TOKYO 2020 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
SEREMBAN, 29 April – Telah berlangsung Program Jelajah Sokongan Kontinjen Road To Tokyo 2020 Peringkat Negeri Sembilan pada jam 3.00 petang di Wisma Negeri, Seremban.
Majlis pelepasan konvoi yang terdiri daripada 24 buah kenderaan itu disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Haji Aminuddin Harun di Perkarangan Lobi Wisma Negeri.
Turut hadir Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd Ghani (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan), Dato’ Masri Razali (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan), Dato’ Ahmad Shapawi Ismail (Ketua Pengarah MSN), Dato’ Sabudin Haji Sani (Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan) dan Encik Zul Fadhli Abd Aziz (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan)
Majlis Sukan Negara Malaysia selaku sekretariat persediaan kontinjen negara telah mengadakan program ini yang merupakan detik countdown 100 hari ke arah Temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 14 April 2021 (Rabu) lepas di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil ke negeri-negeri seluruh negara. Negeri Johor sebagai negeri pertama pada 25 April 2021 lepas. Negeri Sembilan merupakan destinasi ketiga selepas Negeri Melaka.
Simbolik jelajah ini adalah sebagai salah satu kempen untuk menyemarakkan semangat demi Malaysia agar harapan rakyat selama ini untuk menggapai Emas Olimpik pertama mampu tercipta.
Di Negeri Sembilan, jelajah telah memilih beberapa tempat tumpuan orang ramai disekitar bandar Seremban bertujuan mendapatkan sokongan masyarakat sekaligus membangkitkan semangat atlet yang akan berjuang di temasya Sukan Olimpik yang akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 dan Sukan Paralimpik yang akan diadakan pada 24 Ogos hingga 5 September 2021.
JBS Negeri Sembilan dipertanggungjawabkan untuk menyelaras pemilihan laluan yang bersesuaian bersama PBT dan pemilihan lokasi-lokasi yang strategik sebagai Check Point untuk mendekati penyokong serta penyelarasan RM-SBV selaku pemantau pematuhan SOP penganjuran acara. Tugasan ini dilaksanakan bagi menyokong penganjuran RTT agar berjalan lancar.
Konvoi ini akan beralih ke Zon Pantai Timur pada bulan Mei, Zon Utara Semenanjung pada Jun, diikuti Sabah, Sarawak Perak, Selangor dan Putrajaya dengan jarak keseluruhan 4,378 kilometer selama 29 hari.
TAKLIMAT PELAKSANAAN PROGRAM ANUGERAH BELIA INOVATIF SUKAN CEMERLANG UNTUK SEMUA (HIBISCUS) JBSN
SEREMBAN, 30 April 2021 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS Negeri Sembilan, telah berlangsung taklimat Pelaksanaan Program Anugerah Belia Inovatif Sukan CemerlangUntuk Semua (HIBISCUS) JBSN yang disampaikan oleh En. Zul Fadli bin Abd Aziz, Pengarah JBS Negeri Sembilan. Program HIBISCUS dibuat bagi mengiktiraf dan sebagai penghargaan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara kepada JBS Negeri dan APBM yang mencapai tahap pengurusan kualiti perkhidmatan teras yang cemerlang.
Menerusi taklimat ini pembetangan misi dan halatuju Jabatan dalam menjayakan program ini disampaikan serta pengagihan tugasan secara terpeinci di bentangkan dan diperhalusi supaya setiap kriteria penganugerahan dapat dipenuhi dan dipatuhi.
Bagi menjayakan Program HIBISCUS ini, kerjasama dan kesepakatan setiap pegawai diperlukan. Taklimat ini dihadiri oleh Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah merangkap Ketua Urusetia, En. Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah Sukan, semua Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Pegawai Bahagian Kewangan dan Pentadbiran, Pegawai Penyelaras Program Skim Perantisan Nasional, Pegawai ICT dan Pegawai Penyelaras Portal.
Lawatan pemantauan ke Tapak Projek Meroboh dan Membina Semula Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Pasir Panjang, Port Dickson. Semoga projek ini dapat dilaksanakan dgn jayanya dan siap mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Pemantauan dan Penilaian Gelanggang-gelanggang Futsal Daerah Jelebu
JELEBU, 26 April 2021- Satu sesi lawatan pemantauan dan penilaian ke Gelanggang-gelanggang Futsal di dalam daerah Jelebu telah diadakan di 24 buah Gelanggang Futsal yang berkenaan.
Sesi ini bertujuan untuk memantau, menyemak dan menilai keadaan gelanggang-gelanggang yang akan dilupuskan ini dan akan diserahkan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Jelebu atau Majlis Daerah Jelebu bergantung kepada status pemilikan tanah gelanggang terbabit. Dalam masa yang sama terdapat juga sedikit perbincangan berkaitan gelanggang, program dan status keaktifan persatuan belia bersama-sama pemimpin masyarakat yang kebetulan ada di gelanggang semasa lawatan sedang dijalankan.
Sesi ini telah dihadiri oleh En. Noorulhuda bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson merangkap Pegawai Pemantau Gelanggang Futsal yang ditugaskan oleh pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan untuk memantau daerah Jelebu. Turut hadir ialah Puan Nurulhaizan binti Abd Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu beserta kepimpinannya.
Semoga urusan pelupusan dan penyerahan ini akan berjalan dengan lancar dan tanpa sebarang masalah agar perkhidmatan yang terbaik dapat disediakan kepada rakyat khususnya para belia di Daerah Jelebu.
LAWATAN PROJEK DAN PERSIAPAN DOKUMENTASI ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA TAHUN 2021
TAMPIN, 17 April 2021 - Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan berbesar hati 'berkampung' seharian di Pejabat Persatuan Belia (MBFM) Felda Jelai 3 bagi tujuan lawatan tapak projek dan persiapan dokumentasi pencalonan Anugerah Perdana Belia Negara bagi tahun 2021 ke peringkat seterusnya.