- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 356
World Walking Day 2021
World Walking Day 2021

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 356
World Walking Day 2021

PROMOSI HARI SUKAN NEGARA DAERAH JEMPOL 2021
Jempol, 01 Oktober 2021(Jumaat) - Sempena Hari Sukan Negara Daerah Jempol Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol yang di ketuai oleh Encik Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, telah mengadakan perbincangan bersama YDH Supt. Hoo Chang Hook, Ketua Polis Daerah Jempol bagi Program HSN 2021 bersama Warga IPD pada 8 Oktober 2021, Program 10ribu Langkah (Fun Walk).
Semoga dengan perbincangan ini semua warga IPD dapat bersama dalam menjayakan Hari Sukan Negara Daerah Jempol pada tahun ini.terima kasih di atas kerjasama dan perhatian dari IPD Jempol.

PROMOSI HSN JELEBU
Promosi Hari Sukan Negara pun ada di Taman Negeri Kenaboi. Tidak hanya di gym, mereka juga tetap menjalankan program rekreasi.
Jempol, 01 Oktober 2021(Jumaat) - Perjumpaan dan perbincangan bagi Pelaksanaaan Program Hari Sukan Negara (HSN2021) Daerah Jempol bersama YB Dato' Haji Mohd. Salim bin Mohd Sharif, Ahli Parlimen Jempol. YB Dato' akan hadir untuk merasmikan Program HSN2021 Daerah Jempol pada 09 Oktober 2021 (Sabtu) ini, bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol.
Perjumpaan ringkas bersama YB Dato' diketuai oleh En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama Puan Rusnani Hamzah, Pengerusi Kelab Kecergasan Bahau. YB Dato' juga merupakan Penaung Kelab Kecergasan Bahau.
Terima kasih atas kesudian YB Dato' untuk berjumpa team kami walaupun jadual beliau sangat padat dengan Sidang Dewan di Parlimen yang masih belum selesai. Semoga kehadiran YB Dato' akan memeriahkan lagi sambutan Hari Sukan Negara #HSN2021 Daerah Jempol nanti.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MAJLIS KELAB BELL BELIA TAMIL 2021 NEGERI SEMBILAN DARUL KURSUS
Jempol, 30 September 2021(Khamis) - Telah berlansungnya Mesyuarat Agong Tahunan Majlis Kelab BELL Belia Tamil Negeri Sembilan bertempat di Jempol, Dewan Utama, Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol.
Turut hadir Encik Mahadir Bin Darani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, seramai 145 orang ahli hadir pada mesyuarat kali ini.

MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) PERINGKAT DAERAH JEMPOL, NEGERI SEMBILAN DARUL KURSUS.
Jempol, 01 Oktober 2021(Jumaat) - Telah berlansung Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Peringkat Daerah Jempol Bil2/2021, bertempat di Bilik Gerakan Sri Jempol, Pejabat Daerah dan Tanah Jempol.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol. Pelbagai agensi juga turut terlibat dalam mesyuarat pada kali ini yang membincangkan pelbagai perkara untuk bekerjasama dalam membanteras dadah dikalangan masyarakat khususnya di Daerah Jempol.

PROGRAM - CAREER “ BUSINESS ONLINE SHOPEE 2021
SEREMBAN - 29 September 2021 (Rabu) telah diadakan Program Y-Career _Business Online Shopee_ 2021 Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung selama 5 hari bermula dari 29 September 2021 hingga 3 Oktober 2021 yang dijalankan secara virtual.
Seramai 22 orang yang terpilih melalui temuduga yang telah dijalankan. Kesemua peserta memenuhi kriteria penyertaan dan mempunyai produk masing-masing. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan menampilkan khas penceramah@coach usahawan muda belia dari kelahiran Negeri Sembilan juga iaitu saudara Adib b. Abu Bakar iaitu pemilik Syarikat Frame Murah Gemas.
Semoga para peserta berjaya menghabiskan program dan mencapai objektif program serta memberi manfaat kepada semua peserta. Tahniah dan syabas di ucapkan kepada semua yang terlibat.

PROGRAM MEMPERKASA EKONOMI BERSAMA ROYAL BURGER DAERAH JEMPOL
Jempol, 25 September 2021(Sabtu), Persatuan Ukhwah Negeri Sembilan telah mengadakan Program Memperkasa Ekonomi Bersama Royale Burger, bertempat di Kompleks Rakan Muda Daerah Jempol bagi membantu golongan sasar yang hilang sumber pendapatan semasa pendemik seperti Ibu/Bapa lalu Tunggal, Asnaf dan Orang kurang upaya(OKU) .
Seramai 50 orang peserta mengambil bahagian dalam program pada kali I, yang terbahagi kepada 2 sesi.

Majlis Bacaan Yaasin, Solat Dhuha dan Kuliah Dhuha.
Anjuran Jawatankuasa Surau An Nur, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan

Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22