18 MEI 2021 ( PPV SIKAMAT ) : Penugasan Sukarelawan MyVac di Pusat Pemberian Vaksin Dewan Orang Ramai diteruskan bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan berjalan lancar.
TAMPIN, 11 Mei 2021 (Selasa) - Hari ini telah diadakan sesi lawatan pemantauan dan penilaian ke semua gelanggang futsal di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan. Sebanyak 17 gelanggang di dalam Daerah Tampin meliputi kawasan DUN Repah, DUN Gemencheh dan DUN Gemas.
Lawatan bukan sahaja sekadar pemantauan, malahan ianya bertujuan untuk penilaian tahap keboleh gunaan bagi cadangan pelupusan atau penyerahan semula kepada 'tuan tanah'. Sepanjang lawatan berlangsung, beberapa syor telah dicadangkan oleh Pegawai Pemantau iaitu Encik Noorulhuda bin Abd Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson untuk tindakan selanjutnya.
Turut hadir pada sesi lawatan ini adalah En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Encik Jasnie bin Abd Rahman, Pegawai Unit Pembangunan Sukan dan Rekreasi, PBSD Tampin.
SEREMBAN, 11 MEI 2021 - Melalui pelasanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), sukarelawan MyVac diberi kepercayaan untuk bersama-sama barisan hadapan dalam meneraju pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin di seluruh negara. Kehadiran sukarelawan MyVac ternyata memberi kelegaan kepada barisan hadapan untuk melancarkan program imunisasi ini.
SIKAMAT, 10 MEI 2021 - Sukarelawan MyVac terus seiring menggerak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
Sukarelawan MyVac yang rata-ratanya terdiri dari anak muda ini terus bersemangat dalam menyampaikan perkhidmatan bukan kesihatan kepada penerima vaksin. Program MyVac ternyata dapat menghidupkan semangat kesukarelawanan di kalangan anak muda terutamanya ketika negara dilanda pandemik Covid-19.
SEREMBAN, 10 MEI 2021 - Sukarelawan MyVac terus seiring menggerak Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
Sukarelawan MyVac yang rata-ratanya terdiri dari anak muda ini terus bersemangat dalam menyampaikan perkhidmatan bukan kesihatan kepada penerima vaksin.
Mesyuarat INSKEN Bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
SEREMBAN - 5 Mei 2021 (Rabu) pada jam 8.30 pagi telah berlangsung Mesyuarat INSKEN Bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan melalui _zoom meting_.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pn. Norasiah bt. Harun, Ketua Jabatan Latihan INSKEN dan turut hadir wakil dari Jabatan Belia dan Sukan, Pn. Nur Baawiah bt. Omar, Pegawai Pembangunan Usahawan Negeri Sembilan.
Mesyuarat telah membincangkan berkaitan program-program yang dilaksanakan oleh pihak INSKEN untuk penglibatan bersama pihak Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Program yang dilaksanakan adalah untuk pembangunan usahawan terutamanya di Negeri Sembilan.
Pihak Jabatan Belia dan Sukan akan berkongsi dan mewar-warkan program-program ini dari kepada belia-belia usahawan di Negeri Sembilan melalui media sosial jabatan.
MYVAC DI PPV TELOK KEMANG
TELOK KEMANG, 3 Mei 2021 - Seramai 7 orang Sukarelawan MyVac telah melapor diri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Belia dan Sukan Telok Kemang. Sukarelawan MyVac ditugaskan sebagai pemudahcara bagi melancarkan kerja-kerja bukan kesihatan.
BERMULANYA TUGASAN SUKARELAWAN MYVAC DAERAH JELEBU
Seramai 7 orang sukarelawan MyVac telah ditugaskan bagi menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 bertempat di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan D'Sury Kuala Klawang Jelebu.
Pegawai Daerah Jelebu, Tuan Abdul Rahim Bin A. Aziz merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Covid-19 Immunisation Task Force (CITF) Peringkat Daerah Jelebu turut melapangkan masa melihat sendiri proses Pemberian Vaksin Covid-19 fasa 2 yang melibatkan golongan warga emas.
Sebagai makluman Program MyVAC (Malaysia Vaccine Support Volunteers) merupakan satu inisiatif yang ditubuhkan hasil kerjasama beberapa Kementerian yang terlibat seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI), Kementerian Belia & Sukan (KBS), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan beberapa Kementerian lain bagi membantu proses kelancaran program tersebut.
MYVAC DI PPV DEWAN ORANG RAMAI SIKAMAT MULA BERKHIDMAT
3 MEI 2021 SIKAMAT : Pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ke dua bagi penduduk di daerah Seremban mula membuka pintu seawal jam 8.00 pagi. Pengoperasian PPV ini terus dibantu oleh Sukarelawan MyVac selaku pemudah cara bagi kakitangan kesihatan untuk melaksanakan tugasan yang telah diancang dengan teliti.