MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2021
27 Oktober 2021 - Bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JBS Negeri Sembilan, telah berlangsung satu mesyuarat penyelarasan gerak kerja pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2021 yang telah dipengerusikan oleh Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah, JBS Negeri Sembilan. Beberapa siri program pengisian dirangka akan dilaksana senpena HBN 2021 bermula 30 Oktober 2021 sehingga 9 November 2021.
Semoga dengan perancangan teliti ini, sambutan dan pengisian program yang dirancang dapat memberi manfaat kepada belia diluar sana disamping memartabatkan sumbangan belia di peringkat akar umbi.

RAKAN MUDA HYBRID
Kearah Memperkasakan Program ARPRM
15 Oktober 2021 - Inisiatif dari Persatuan Belia Dinamik Barat (PBDB), satu gerak kerja memperkasakan dan mempromosi semlua Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Mengadaptasi keadaan semasa pandemik, pelaksanaan program diubahsuai agar terus berjalan dan mencapai objektif. Program ini berlangsung bermula 15 September 2021 sehingga 15 Oktober 2021 dengan beberapa siri disiarkan secara langsung diplatform Facebook JBS Negeri Sembilan, PBDB dan TikTok PBDB.
Melalui capaian internet, pastinya program seumpama ini mampu dimanfaatkan oleh seluruh remaja diluar sana. Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh En Zul Fadhli bin Abd Aziz, Pengarah JBS Negeri Sembilan. Diharapkan Program ARPRM terus menjadi wadah pembangunan anak muda dalam melahirkan pemimpin masa hadapan.

PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2021 (HSN2021) PERINGKAT IPD PORT DICKSON

WEBINAR ARPRM PERINGKAT KEBANGSAAN SIRI 8 : ARPRM @ SCHOOL
ANJURAN BERSAMA : RAKAN MUDA JBSN DAN PERSATUAN BELIA DINAMIK BARAT

KUNJUNGAN HORMAT KE PEGAWAI BELIA DAN SUKAN DAERAH PORT DICKSON
Selasa - 12 Oktober 2021 - 2.30 Ptg
Kunjungan Hormat YBhg Dr Yusni bin Mohamad Yusak Ketua Jabatan Sukan, Ko Kurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson ke Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson pada hari ini jam 2.30 petang. Perjumpaan ini adalah untuk mengeratkan hubungan kerjasama antara agensi kerajaan serta membincangkan mengenai penubuhan Badan Operasi (BO) Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPM), Kursus Pemimpin ARPM, perancangan dan perlaksanaan ARPM khususnya di Politeknik Port Dickson.
Turut hadir dalam kunjungan ini adalah Encik Yong (Pegawai Belia dan Sukan S44), Puan Siti Fatimah (Pegawai Belia dan Sukan S41) dan Encik Yuzi (Pegawai Sukan Politeknik Port Dickson).

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN
HARI SUKAN NEGARA 2021
PERINGKAT DAERAH PORT DICKSON
PORT DICKSON - 9 Oktober 2021 (Sabtu)
Telah berlangsung Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson yang telah disertai seramai hampir 350 orang dari pelbagai lapisan umur dan kaum.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Hj Abd Rahman bin Mohd Redza Abdul Rahman Redza Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah ( Persekutuan ) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Linggi. Turut hadir YB Dato Hj Tun Hairuddin bin Abu Bakar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Bagan Pinang, YDH Supt Aidi Sham Mohamad Ketua Polis Daerah Port Dickson, En. Noorulhuda bin Hj Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Ketua-Ketua Jabatan, wakil-wakil Pejabat Kerajaan Daerah Port Dickson serta wakil-wakil NGO's terlibat .
Pelbagai aktiviti yang telah disusun sepanjang Majlis Pelancaran Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Daerah Port Dickson iaitu Keluarga Malaysia MyFit, KBS Freestyle Challenge, Fun Ride HSN 2021 Daerah Port Dickson, Penalty Shoot Board dan Netball Shooter. Esok akan berlangsung pula program Mendaki Bukit Batu Putih sempena Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Port Dickson.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya Agensi-Agensi Kerajaan, NGO's Sukan, NGO's Belia dan individu - individu yang tlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan majlis sambutan pada kali ini. Semoga kita semua akan terus membudayakan aktiviti sukan, riadah dan rekreasi didalam kehidupan seharian kita, seterusnya kekal sihat dan cergas.

MAJLIS PENUTUP SAMBUTAN
HARI SUKAN NEGARA 2021
PERINGKAT DAERAH REMBAU
REMBAU - 10 Oktober 2021 (Ahad )
Telah berlangsung Majlis Penutup Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Daerah Rembau bertempat di Dewan Agora Dataran Rembau sempena berlangsungnya program Rembau Fun Ride yang telah disertai seramai hampir 60 orang dari pelbagai lapisan umur dan kaum.Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato' Zaifulbahri bin Idris ADUN Kawasan Chembong.
Setinggi - tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak khususnya Agensi-Agensi Kerajaan, NGO - NGO Sukan, dan peserta - peserta yang terlibat dalam menjayakan Hari Sukan Negara pada kali ini. Semoga kita semua akan terus membudayakan aktiviti sukan, riadah dan rekreasi didalam kehidupan seharian kita, seterusnya kekal sihat dan cergas.

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara 2021 Peringkat Negeri Sembilan.
Kemaskini Terakhir: 03-07-2026, 11:24:22