- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 361
KEJOHANAN FUTSAL MALAYSIA SPORTS LEAGUE (MSL) PERINGKAT DAERAH JEMPOL 2022
JEMPOL, 26 Mac 2022 (Sabtu) - Telah berlangsungnya Kejohanan Futsal Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Jempol 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol. Kejohanan ini dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Kelab Badminton Frenz Jempol dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) .
Kejohanan ini telah melibatkan 18 pasukan lelaki dan 4 pasukan wanita. Tempat pertama bagi kategori lelaki telah dimenangi oleh pasukan KPF UNITED manakala tempat kedua pasukan OneGoo tempat ke-3 bersama adalah pasukan P2 FT dan TTPC FT. Bagi kategori wanita, tempat pertama dimenangi oleh Hayqal Fertigasi manakala tempat kedua Aqylah Trading tempat ke-3 bersama WinJompo dan Dara Pujaan.
Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pn. Nor Azlina Binti Abdul Karim, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Turut hadir adalah wakil Bomba Jempol, wakil Pengadil Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) serta AJK Teknikal yang terlibat sepanjang penganjuran Kejohanan Futsal MSL Peringkat Daerah Jempol 2022.
Disediakan oleh : Team Media PBSD Jempol
Disunting : Team Media JBSN9

- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 361







