BUKIT BATU SAWA, 16 September 2022 - Telah berlangsung Program W-Fit@Community Daerah Jelebu 2022 (Siri 2) bertempat di Bukit Batu Sawa. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu dengan kerjasama Pencinta Alam Hikers (PAH).
Objektif program ini adalah mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan wanita (feel good factor) untuk mengaktifkan diri dalam aktiviti kecergasan selain dari mempromosi kepelbagaian aktiviti kecergasan kepada golongan sasar dan menyemai budaya hidup aktif dalam kehidupan seharian.
Program yang diadakan bersempena Sambutan Hari Malaysia ini disertai seramai 48 orang peserta yang terdiri daripada komuniti Pencinta Alam Hikers (PAH) dan beliawanis tempatan.
Pihak penganjur program ini merakamkan setinggi- tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pelaksanaan program ini.
Disediakan oleh : Team Media JELEBU
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 200
