- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 230
PROGRAM YOUTH CAREER (Y-CAREER) PERINGKAT NEGERI, NEGERI SEMBILAN 2022
PAROI, 12 Ogos 2022- Hari pertama pelaksanaan Program Youth Career (Y-Career) Peringkat Negeri Sembilan 2022 sedang berlangsung di Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Paroi.
Program ini melibatkan pelbagai agensi seperti PERKSESO selaku rakan pelaksana utama, Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan, Suruhanjaya Pilihan Raya Negeri Sembilan, Negeri Sembilan E-Sports dan Q-Aerotech.
Terdapat 15 buah wakil majikan dari syarikat sekitar Negeri Sembilan yang menawarkan peluang pekerjaan juga turut dilibatkan dalam program ini.
Semoga usaha dan inisiatif yang dilaksanakan ini dapat membantu golongan belia khususnya mendapatkan pekerjaan sekaligus membantu dalam menaik taraf tahap kehidupan belia.
Disediakan oleh : Team Media BELIA
Disunting oleh : Team Media JBSNS
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 230
