PROGRAM FIT KOMUNITI @ DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 4)
TAMPIN, 20 Julai 2024 (Sabtu) - Bermula jam 5.00 petang seramai 67 orang peserta hadir di Dataran Kg. Tengah, Gemencheh bagi menyertai Program Fit Komuniti @ Daerah Tampin 2024 (Siri 4) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Ina Moncheh.
Program di bawah Fit Malaysia ini diadakan bagi mencapai objektif dan seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan masyarakat dengan aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam pembudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, pendakian, senaman dan aktiviti riadah.
Program ini turut diserikan lagi dengan kehadiran YB Tuan Suhaimizan bin Bizar Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gemencheh dan Isteri Puan Norasnira binti Mamat yang turut sama melakukan aktiviti senamrobik.
Semoga penganjuran program seumpama ini mampu memberikan senaman yang terbaik kepada kesihatan jantung serta paru-paru di samping kesan positif bukan sahaja kepada fizikal malahan juga kepada minda.
MESYUARAT PENYELARASAN NEGERI SEMBILAN 7EVEN WONDERS CHALLENGE 2024(ROAD TO HSN 2024)
Port Dickson, 19 Julai 2024 - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge 2024 (Road to HSN 2024) bertempat di Bilik Mesyuarat PD Forest, Sungai Menyala Port Dickson jam 3.00 petang tadi.
Mesyuarat telah di pengerusikan oleh Puan Nurhezlin binti Makli Pegawai Daerah Port Dickson dan di hadiri oleh agensi -agensi yang terlibat. Mesyuarat kali ini membincangkan cadangan pengisian program, persiapan serta peranan setiap agensi yang terlibat.
Dengan ada nya komitmen dan kerjasama dari semua Agensi yang terlibat dapat melancarkan lagi penganjuran Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge 2024 (Road to HSN 2024) pada kali ini.
MESYUARAT JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN BIL.2/2024
SEREMBAN, 17 Julai 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Bil.2/2024 telah diadakan pada jam 10.00 pagi bertempat di bilik Mesyuarat UTC Ampangan, Seremban
Mesyuarat kali ini lebih berfokuskan kepada perancangan – perancangan yang lebih jitu dalam usaha memperkasakan lagi pembangunan belia dan sukan di Negeri Sembilan. Antara salah satu perancangan jangka panjangnya adalah Program “bapa angkat” bagi sukan SUKMA, yang mana setiap acara sukan akan melibatkan exco dan adun kawasan di Negeri Sembilan sebagai bapa angkat bagi setiap 1 acara sukan tersebut. Bukan itu saja malah banyak lagi perancangan yang telah di susun oleh Kerajaan Negeri Sembilan bagi memastikan Negeri Sembilan mendapat pencapaian dan kemenangan yang diharapkan.
Selain itu, satu pembentangan daripada Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson mengenai Program Professional Belia (Program Pentauliahan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 PPT) yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Hazan Bin Hj Dahari Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia Port Dickson.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB Tuan Haji Mustapha Bin Nagoor, Pengerusi Jawatankuasa Berindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, turut hadir YB. Tuan Suhaimi bin Aini Adun Kota, YB Tuan Suhaimizan bin Bizar Adun Gemencheh, Puan Junaine binti Mohamad Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Encik Rosdi bin Pilus Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dan ketua-ketua jabatan serta agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
Semoga dengan komitmen dan usaha ini dapat membuahkan hasil demi bangsa dan Negara yang tercinta.
Port Dickson,19 Julai 2024 - Telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Port Dickson 2024 (Siri 2) bertempat di Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan Port Dickson. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri Sembilan, Kelab KEFA Aerofit Sports Club dan Giat MARA Telok Kemang, Port Dickson. Program bermula jam 8.00 pagi dengan dihadiri oleh Tuan Roslin Hisham bin Abd Hamid Pengarah Majlis Keselamatan Negara, Negeri Sembilan dan Tn. Hj. Noorulhuda bin Hj. Abd Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
Program di bawah Fit Malaysia ini diadakan bagi mencapai objektif dan seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan masyarakat dengan aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam pembudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, pendakian, senaman dan aktiviti riadah.
Semoga penganjuran program seumpama ini mampu memberikan senaman yang terbaik kepada kesihatan jantung serta paru-paru di samping kesan positif bukan sahaja kepada fizikal malahan juga kepada minda.
PROGRAM KURSUS PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA (ARPRM) PERINGKAT ZON SELATAN TAHUN 2024
13 Julai 2024 (Isnin), Ayer Keroh, Melaka - Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah melaksanakan Program Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Zon Selatan Tahun 2024 pada 13 hingga 15 Julai 2024 bertempat di Amverton Heritage Resort, Melaka. Kursus ini dirangka bagi menyediakan peluang latihan untuk meningkatkan tahap kecekapan pemimpin mahupun bakal pemimpin dalam pengendalian ARPRM daripada pelbagai peringkat.
Kursus ini terdiri daripada 5 modul iaitu Konsep dan Falsafah ARPRM, Peranan dan Pendaftaran Badan Operasi, Dokumentasi Penyertaan, Sistem ARPRM dan Semakan Pentauliahan. Penceramah yang dijemput bagi menyampaikan modul tersebut adalah Encik Armizam bin Abd Rahim, Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal (JKOT) ARPRM Kebangsaan dan Encik Zaharruddin Abd Majid, Pemimpin ARPRM. Seramai 50 orang peserta telah berjaya menduduki penilaian Kursus Pemimpin ARPRM, Syabas dan Tahniah kepada semua peserta!
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Mohd Zul Fadli bin Ahmad, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Negeri Sembilan. Turut hadir Puan Azira Irmayani binti Aripin, Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Melaka. Semoga program ini dapat meluaskan lagi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) di semua peringkat.
Program Kepimpinan Altruistik Madani Tahun 2024 Siri II
Ulu Sepri , Rembau
14 Julai 2024
Program Kepimpinan Altruistik Madani siri 2 telah melabuhkan tirainya hari ini selepas dilaksanakan selama 3 hari 2 malam di Pusat Latihan Kenegaraan Ulu Sepri, Rembau. Program bercorakkan motivasi dan pengasahan bakat kepimpinan ini bermula pada 12 Julai 2024 sehingga 14 Julai 2024 . Program ini juga terdiri daripada 70 orang peserta (lelaki 37 orang dan perempuan 33 orang).
Turut hadir Majlis Penutup Program Kepimpinan Altruistik Madani Siri 2 telah dihadiri oleh Ybrs Tuan Haji Mohd Haswandi bin Haji Ahmad Ketua Pengarah Akademi Kenegaraan Jabatan Perdana Menteri . Selain daripada itu , YB Tn. Haji Mustapha bin Nagoor Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan turut hadir pada hari pertama kem bagi menyampaikan perkongsian kepada peserta yang merupakan anak kelahiran Negeri Sembilan . Pada hari kedua , YB Dato’ Haji Mohd Khidir Bin Majid Pegawai Kewangan Negeri Sembilan telah hadir bagi berkongsi tentang ilmu pengetahuan tentang kepimpinan, prospek baharu Negeri Sembilan dan cara-cara pengurusan kewangan.
Program ini adalah berkonsepkan kepimpinan dan pendedahan elemen kenegaraan di dalam diri peserta serta pembentukan sahsiah dan kerohanian dalam menjalani kehidupan seharian. Antara institut pengajian yang terlibat sama dari segi penyertaan adalah Kolej Yayasan Negeri Sembilan dan Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz Seremban.
Pelbagai aktiviti kumpulan yang telah dilaksanakan untuk memastikan kesemua peserta mencapai objektif program ini. Selain itu, barisan jurulatih bertauliah telah menerangkan erti kata maksud altruistik itu sendiri yang bermaksud “melebihkan kepentingan orang lain daripada kepentingan diri sendiri”. Sikap kerjasama dan muafakat harus dibentuk dari usia muda supaya menjadi bekalan yang mencukupi apabila para peserta melangkah ke alam pekerjaan kelak.
Pihak pengurusan dan penyelaras program Kepimpinan Altruistik siri 2 ini berharap program bermanfaat seperti ini dapat diteruskan lagi bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti khusus kepada anak-anak kelahiran Negeri Sembilan.
PROGRAM FIT KOMUNITI @ DAERAH TAMPIN 2024 (SIRI 3)
TAMPIN, 14 Julai 2024 (Ahad) - Seawal jam 7.30 pagi telah berlangsung Program Fit Komuniti @ Daerah Tampin 2024 (Siri 3) bertempat di padang serbaguna Pejabat Daerah dan Tanah Kecil Gemas. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dengan kerjasama Kelab Senamrobik Sihat Anggun dan Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Daerah Kecil Gemas.
Program di bawah Fit Malaysia ini diadakan bagi mencapai objektif dan seruan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam mewujudkan keseronokan dan saling memberi inspirasi di kalangan masyarakat dengan aktiviti kecergasan, sukan dan rekreasi dalam pembudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjoging, berjalan, berlari, berbasikal, pendakian, senaman dan aktiviti riadah.
Semoga penganjuran program seumpama ini mampu memberikan senaman yang terbaik kepada kesihatan jantung serta paru-paru di samping kesan positif bukan sahaja kepada fizikal malahan juga kepada minda.
BENGKEL GENDANG SILAT ASLI PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA (PSSGM) CAWANGAN DAERAH KUALA PILAH
13 Julai 2024 Kuala Pilah - Telah berlangsung Bengkel Gendang Silat Asli PSSGM Cawangan Daerah Kuala Pilah 2024 bermula pada 13 - 14 Julai 2024 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah
Bengkel ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Daerah Kuala Pilah dan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan.
Seramai 50 orang peserta telah mengambil bahagian yang terdiri dari pelbagai ahli gabungan persilatan. dan bengkel ini akan diadakan selama 2 hari 1 malam.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh En. Abd Jalil bin Tamin Pengerusi PSSGM Cawangan Daerah Kuala Pilah. Turut hadir En. Mohd Nizam bin Hj. Miun, Penolong Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan Tuan Haji Khairuddin bin Khamis, Pengarah Bengkel Gendang Silat Asli
Diharapkan dengan penganjuran bengkel seperti ini, akan dapat menyalur dan menyebar luaskan seni budaya masyarakat Melayu ke serata dunia. Syabas dan tahniah diucapkan kepada PSSGM Cawangan Daerah Kuala Pilah diatas usaha murni ini.
JEMPOL - Seramai lebih 100 orang peserta menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah Tahun 1446H | 2024M yang telah berlangsung di Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol pada malam ini.
Program anjuran Jawatankuasa Surau KRM Jempol dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jempol dan MAINS Daerah Jempol.
Para peserta dan jemputan berkumpul seawal jam 7.00 malam untuk melaksanakan solat Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol merangkap Pengerusi Jawatankuasa Surau KRM Jempol.
Seterusnya majlis diserikan lagi dengan ceramah agama khas disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Syamil Izzudin bin Mohamed Yusoff, Pegawai MAINS Daerah Jempol.
Turut hadir sama dalam program ini ialah Ustaz Nurhairin bin Khamis, mewakili Pejabat JHEAINS Daerah Jempol bersama Encik Muhammad Fahim bin Zabidi, merangkap Timbalan Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Serting Hilir 2, Ustaz Ridzuan bin Mohd Said bersama mudir dan para pelajar Pusat Tahfiz Ulumul Quran Serting Tengah, Encik Eddy Fadly, Pengerusi Kelab Gimnasium Rakyat Jempol, para pegawai dan team alumni kakitangan PBSD Jempol, pengurusan Syarikat Kawalan Keselamatan, Pembersihan dan Kafeteria serta seluruh warga KRM Jempol bersama ahli keluarga dan anak-anak.
Selesai ceramah agama, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan wakil Pusat Tahfiz Ulumul Quran Serting Tengah serta penyerahan sumbangan kebajikan kepada anak salah seorang kakitangan Pembersihan KRM Jempol yang terlibat kemalangan tempoh hari.
Selepas sesi bergambar dan Solat Isyak berjemaah semua peserta dan tetamu terus menikmati jamuan di Kafeteria KRM Jempol.
Pengurusan Jawatankuasa Surau KRM Jempol juga merakamkan jutaan terima kasih kepada YB Dato' Hj. Shamsulkahar bin Hj. Mohd Deli, Ahli Parlimen Jempol yang telah memberikan sumbangan untuk kelangkapan PA Sistem bagi penggunaan orang awam di KRM Jempol ini.
Penghargaan dan terima kasih juga kepada Pihak MAINS Daerah Jempol yang turut membantu dan bekerjasama dalam menjayakan program Sambutan Maal Hijrah peringkat Surau KRM Jempol pada tahun ini.
Semoga penganjuran majlis agama seperti ini dapat memupuk semangat perpaduan dan menyemarakkan hubungan kekeluargaan serta merapatkan hubungan silaturahim antara Pengurusan PBSD Jempol dengan warga kerja KRM dan pelbagai agensi di daerah ini.