- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 131
PROGRAM FIT @ COMMUNITY SIRI 12/2024 PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH TAHUN 2024
PROGRAM FIT @ COMMUNITY SIRI 12/2024 PERINGKAT DAERAH KUALA PILAH TAHUN 2024
Kuala Pilah, 5 Oktober 2024 (Sabtu) - Telah berlangsung Senamrobik Fit @ Community Siri 12/2024 bertempat di Kampung Ampang Tinggi Seberang, sempena Program Karnival Mini Kg. Ampang Tinggi Seberang 2024.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah bersama JPKK Ampang Tinggi Seberang.
Antara objektif program ini adalah untuk membina jaringan hubungan bagi mengukuhkan lagi kerjasama dan perpaduan di kalangan warga Kampung dengan agensi berkaitan serta masyarakat/penggiat kecergasan komuniti disamping menyokong usaha Kerajaan bagi memastikan warga negara Malaysia mendapat kesaksamaan sosial dari segi penglibatan dalam aktiviti sukan dan kecergasan. Seramai 35 orang peserta telah menjayakan sesi senamrobik kali ini.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dan sudi bersama- sama memeriahkan program ini terutamanya Pengerusi dan Barisan AJK JPKK Ampang Tinggi Seberang. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Team Senamrobik Puan Ain dari Kelab Kecergasan Kuala Pilah kerana sudi menjayakan program ini. Tahniah buat semua sehingga berjumpa lagi ditahun akan datang.
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 131
