- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 111
𝗣𝗘𝗥𝗦𝗔𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗠𝗕𝗙𝗠 𝗙𝗘𝗟𝗗𝗔 𝗣𝗔𝗟𝗢𝗡𝗚 𝟴 𝗕𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗔𝗡𝗨𝗚𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗜𝗔 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟱
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 111
- 28 Februari 2025 (Jumaat)
- Bilik Mesyuarat JKKR Felda Palong 8
JEMPOL - Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 memberi saingan bagi Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2025 dalam kategori pertubuhan. Penyertaan sulong persatuan tersebut mewakili belia felda di daerah Jempol ini adalah bukti kesungguhan dan komitmen mereka untuk menyertai APBN 2025 pada kali ini.
APBN merupakan platform bagi menghargai serta mengiktiraf sumbangan dan pencapaian golongan belia dan pertubuhan belia di Malaysia yang memberikan impak signifikan dalam pembangunan negara.
Sesi penilaian berlangsung di Bilik Mesyuarat JKKR Felda Palong 8 dan panel penilai diketuai oleh Pn. Faridah binti Hj Saini, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan, Pn. Siti Rodziah binti Ahad, Timbalan Pengarah MARA Negeri Sembilan, En. Mohd Firdaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan dan En. Muhammad Shukri bin Zainuddin, Alumni Majlis Belia Negeri Sembilan.
Turut hadir memberi sokongan ialah Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Belia JBS Negeri Sembilan, En. Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, Sdra. Tauwfek bin Hj Maslam, Naib Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan merangkap Pengerusi MBFM Wilayah Raja Alias, En. Azman bin Mad Nawi, Penasihat Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 dan En. Faizal bin Zolkafli, Penyelaras Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8.
Sesi taklimat telah dibentangkan oleh Sdra. Ismail bin Salim, Pengerusi Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 bersama barisan kepimpinan dan AJK persatuan. Seramai 50 orang telah menyertai sesi penilaian tersebut di kalangan ahli-ahli persatuan dan wakil-wakil agensi dan komuniti setempat. Dalam pada itu juga, para panel penilai turut membuat lawatan ke beberapa lokasi projek usahawan belia yang berkaitan di Felda Palong 8.
Selamat maju jaya diucapkan kepada barisan kepimpinan Persatuan Belia MBFM Felda Palong 8 atas usaha dan komitmen bagi menyertai penilaian APBN kali ini. Semoga beroleh kejayaan dan kemenangan nanti. InshaAllah!
#APBN2025
#JBSNKomited
#jbsn9
#pbsdjempol
#MalaysiaMADANI
#fypシ
JBS Negeri Sembilan JBSNegara Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Persatuan Belia (MBFM) Felda Palong 08