GOTONG ROYONG PERDANA MEMBERSIHKAN MAKAM TUAN HAJI SAID

- Tarikh: Ahad, 23 Februari 2025
- Lokasi: Makam Tuan Haji Said
- Anjuran Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Cawangan Seremban), Masjid Dato' Klana Petra Sendeng, Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, Jabatan Kerajaan dan Swasta.

SEREMBAN - Program Gotong Royong Perdana ini melibatkan pelbagai agensi, termasuk penyertaan daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban. Turut hadir ialah Puan Cindy Usun Sigau, selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban dan Puan Nor Aslinda binti Yaakob.
Suasana pagi dimulakan dengan hujan lebat sejurus tiba di khemah berkumpul. Sambil menunggu hujan reda, bacaan tahlil ringkas telah dijalankan. Menariknya, sebaik sahaja bacaan tahlil selesai, hujan mula berhenti, memberi ruang untuk meneruskan program.

Taklimat ringkas dan pembahagian tugas daripada urusetia kemudian disampaikan sebelum aktiviti gotong royong dimulakan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk:
 - Membersihkan kawasan perkuburan
 - Memangkas pokok dan dahan-dahan serta memotong rumput
 - Mengutip sampah dan daun-daun kering

Program ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama antara agensi, malah menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara individu dari pelbagai latar belakang yang sama-sama berganding bahu demi kesejahteraan komuniti.
Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban turut merakamkan doa agar roh mereka yang telah meninggal dunia dicucuri rahmat dan kesejahteraan dikurniakan kepada waris-waris yang ditinggalkan.
#pbsdseremban
#jbsns9
#MalaysiaMADANI
#TeamKBS
#TeamJBSN
#JBSNBersama

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search