- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 117
KURSUS KECERGASAN FIZIKAL ANJURAN AKADEMI LATIHAN ASAS , AKADEMI PENCEGAHAN RASUAH (MACA) DENGAN KERJASAMA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 117
PORT DICKSON, 26 Februari 2025 (Rabu) - Kursus Kecergasan Fizikal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan telah diadakan di Pusat Latihan DRB - HICOM, Port Dickson. Kursus tersebut diadakan selama 3 hari bermula 24 hingga 26 Februari 2025 yang telah dihadiri seramai 25 orang pegawai di bawah Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (MACA) seluruh Malaysia.
Antara objektif kursus ini diadakan adalah bagi mengenal pasti, mengurus dan membangunkan modul ujian kecergasan dengan betul bagi
memastikan ketepatan dalam penilaian kecergasan fizikal dan mengaplikasikan ujian mengikut keperluan SPRM.
Kursus ini telah dirasmikan dengan kehadiran Timbalan Pengarah (Akademik dan Latihan Asas) MACA, Tuan Mohd Saud Ayutollah Bin Abdul Manan. Turut hadir mewakili Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Puan Siti Suhana binti Mohd DaralSalam, Pegawai Kecergasan Nasional.
Semoga kursus ini dapat diaplikasikan setanding dengan keperluan dan kehendak agensi disamping dalam meningkatkan kecergasan fizikal.