- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 79
𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗥𝗔𝗞 𝗠𝗜𝗞𝗥𝗔𝗝 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟲𝗛/𝟮𝟬𝟮𝟱𝗠 𝗔𝗡𝗝𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡𝗞𝗨𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗨 𝗞𝗥𝗠 𝗝𝗘𝗠𝗣𝗢𝗟 🔥⚡
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 79
- 13 Januari 2025 (Isnin) bersamaan 13 Rejab 1446H
- Surau Kompleks Rakan Muda Jempol
JEMPOL - Seramai lebih 60 orang telah menghadiri Majlis Sambutan Israk Mikraj Tahun 1446H / 2025M bertempat di Surau Kompleks Rakan Muda (KRM) Jempol. Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Surau KRM Jempol dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Jempol.
Para peserta berkumpul di surau seawal jam 7.00 malam untuk menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selepas itu, majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol merangkap Pengerusi Surau KRM Jempol.
Seterusnya Majlis diserikan lagi dengan perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan Al-Fadhil Ustaz Mohd Isa bin Mad Daud, Guru Agama Sekolah Menengah Agama Ulu Jempol (GPK Kokurikulom). Turut hadir dalam program ini, semua para pegawai dan kakitangan PBSD Jempol merangkap AJK Surau KRM Jempol, kakitangan Syarikat Kawalan Keselamatan dan Syarikat Pembersihan, Pengurusan Kafeteria serta seluruh warga kerja termasuk alumni KRM Jempol bersama-sama ahli keluarga dan anak-anak.
Selesai ceramah agama, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah jemputan dan menunaikan solat Isyak berjemaah seterusnya semua peserta dan tetamu menikmati jamuan makan malam di kafeteria KRM Jempol.
Semoga dengan penganjuran majlis keagamaan ini dapat memberikan rasa keinsafan serta kecintaan kepada baginda SAW dalam kehidupan seharian disamping menyemarakkan semangat kekeluargaan serta hubungan silaturahim antara pengurusan PBSD Jempol dengan warga kerja KRM Jempol.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi memastikan program ini berjaya dilaksanakan.
Firman Allah : سبحانه وتعالى:
سُبْحَانَ الَّذِي أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ إِلَى الْمَسْجِدِ الْأَقْصَى الَّذِي بَارَكْنَا حَوْلَهُ لِنُرِيَهُ مِنْ آيَاتِنَاۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ ﴿١
“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).
#TeamKBS #TeamJBSN #JBSNKomited #MalaysiaMADANI
#TeamJBSN9 #PBSDJempol #JKSurauKRMJempol #fypviralシ
JBSNegara JBS Negeri Sembilan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara