- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 93
KLINIK LATIHAN ASAS SUKAN DAN REKREASI (ROPES COURSE & ORIENTEERING) KELAB RAKAN MUDA TAMPIN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 93
KLINIK LATIHAN ASAS SUKAN DAN REKREASI (ROPES COURSE & ORIENTEERING) KELAB RAKAN MUDA TAMPIN 2025
Tampin, 25 Januari 2025 (Sabtu) – Tahniah diucapkan kepada Kelab Rakan Muda Pekan Tampin atas kejayaan menganjurkan Klinik Latihan Asas Sukan dan Rekreasi pada hari ini bertempat di Tampin Eco Extreme Park melibat bukan sahaja ahli kelab, malahan telah mendapat penyertaan luar daripada daerah ini. Selain daripada pengusaha tapak sukan lasak ini, pengurusan kelab juga bekerjasama dengan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin, Majlis Daerah Tampin dan Majlis Belia Daerah Tampin dalam memastikan segala perancangan awal yang dipersetujui dapat dilaksanakan dengan baik.
Ini merupakan program kedua selepas cemerlang mengadakan Kursus Asas Penyelamatan Dalam Air pada Oktober 2024 yang lepas semenjak penubuhan kelab tersebut dipertengahan tahun yang sama. Antara pengisian aktiviti yang telah dilaksanakan adalah memanjat dan menuruni tebing batu (rock climbing and abseiling) serta asas pandu arah (orienteering). Selain itu, kehadiran peminat sukan kawalan jauh (RC Remote Control – Drift) juga berjaya menghangatkan lagi suasana persekitaran dan pengunjung.
Program diserikan lagi dengan kehadiran YB Adam Adli bin Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan seterusnya telah menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan lewat petang tadi. Turut hadir, En. Ahmad Syariffuddin bin Sarmin (Pengarah JBS Negeri Sembilan), DSP Mohd Ali Hanafiah bin Hashim (Timb. Ketua Polis Daerah Tampin), PPgB Mohd Zayyid bin Zakaria (Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tampin), Dr. Mohd Nasir bin Abd Rahim (CEO Tampin Eco Extreme & Water Theme Park), En. Shamsul bin Yahya (wakil Ahli Parlimen Kawasan Tampin), Pn. Wan Zulaika binti Hj Kahar (Belia Harapan Daerah Tampin) dan En. Zarif Ashraf bin Norazmi (Pengerusi Majlis Belia Daerah Tampin).
Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (Tampin, Gemencheh, Gemas dan Teluk Kemang) dan jurulatih rekreasi luar yang telah membantu kelancaran aktiviti pada hari ini.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNbersama
#rakanmuda
#teampbsdtampin