- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 81
MAJLIS PENYAMPAIAN INSENTIF PARA SUKMA XXI SARAWAK 2024
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 81
Seremban, 20 Januari 2025 - Majlis Penyampaian Insentif Para Sukma XXI Sarawak 2024 telah selesai diadakan di Dewan Ballroom Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan pasukan catur Para Negeri Sembilan menjadi kumpulan tertinggi menerima insentif kecemerlangan berjumlah keseluruhan RM80,000 selepas mencatat pencapaian terbaik pada temasya Para Sukma Ke-21 Sarawak 2024.
Seramai 13 atlet catur yang bersaing dalam temasya berkenaan menerima insentif antara RM2,000 hingga RM11,000 berdasarkan pencapaian pingat masing-masing sumbangan kerajaan negeri.
Catur menyumbang dua pingat emas, masing-masing lapan perak dan lapan gangsa manakala pasukan boling padang pula menerima insentif kedua tertinggi sebanyak RM48,500, selepas meraih tiga emas, masing-masing empat perak dan empat pingat gangsa.
Pasukan Powerlifting pula menerima insentif sebanyak RM41,500 hasil kutipan empat pingat emas, tiga perak dan dua gangsa diikuti pasukan olahraga yang menerima sebanyak RM28,500 selepas membawa pulang tiga emas, satu perak dan dua gangsa.
Pasukan renang meraih RM24,000 selepas mengutip dua emas, satu perak dan dua gangsa manakala pasukan ping pong menerima sebanyak RM12,000 dengan kutipan satu pingat perak dan dua gangsa.
Turut tidak ketinggalan menerima insentif berkenaan ialah pasukan badminton yang menerima sebanyak RM7,000 menerusi kutipan satu pingat perak.
Atlet renang, Aleeya Farisya Faizul Rizal menjadi penerima insentif tertinggi berjumlah RM19,000 hasil kejayaan merangkul dua pingat emas, satu perak dan satu gangsa selain mencipta rekod baharu kebangsaan dalam acara 200 meter gaya bebas.
Pencapaian kontinjen Negeri Sembilan pada temasya Para Sukma 2024 menunjukkan peningkatan apabila berjaya membawa pulang keseluruhan 53 pingat membabitkan 14 emas, 19 perak dan 20 gangsa untuk menduduki tempat kelapan.
"Prestasi itu berbeza dengan pencapaian atlet pada temasya Para Sukma 2022 di Kuala Lumpur yang membawa pulang 35 pingat membabitkan 14 emas, 11 perak dan 10 gangsa.
Majlis penyampaian insentif telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Utama Hj. Aminuddin bin Harun Menteri Besar Negeri Sembilan. Turut hadir dalam majlis tersebut YB Dato' Haji Mustapha bin Nagoor Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato' Noorzunita Begum binti Mohd Ibrahim Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Wanita. Keluarga dan Masyarakat, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan Encik Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Ketua-ketua Jabatan, atlet para sukma Negeri Sembilan, ahli keluarga atlet, pegawai-pegawai kontinjen dan tetamu jemputan.