SESI LAWATAN KUNJUNG HORMAT OLEH PERSATUAN BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN

 Seremban
  13 Januari 2025
Pihak pengurusan tertinggi pasukan bolasepak Negeri Sembilan Football Club (NSFC) telah mengadakan sesi lawatan kunjung hormat keatas Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Sesi kunjung hormat daripada NSFC telah dihadiri oleh tuan Faliq Firdaus selaku Ketua Pegawai Eksekutif NSFC , En. Firdaus Bahri Ketua Pegawai Operasi NSFC dan En.Muhammad Yob pegawai pemasaran NSFC.Turut hadir bagi pihak JBSNS adalah En.Zulfadli Ahmad selaku Pegawai Rakan Muda JBSNS, Cik Cindy Usun Sigau Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban , Cik Siti Nur Akmal dan En.Anas Fakhri.
Sesi ini dimulakan dengan pengenalan organisasi kelab, pengenalan fasiliti sukan, pendedahan berkaitan halatuju pasukan bolasepak negeri dan beberapa perancangan yang akan dibuat pada masa hadapan bagi memastikan skuad bolasepak Negeri Sembilan berada didalam landasan persaingan Liga Super Malaysia dan mengeratkan lagi hubungan kelab bolasepak tersebut bersama peminat dan komuniti masyarakat di negeri ini .
Semoga sesi kunjung hormat ini akan menghasilkan dapatan yang positif dalam aspek pembangunan sukan di Negeri Sembilan khususnya bagi sukan bolasepak dan diharapkan kedua-dua pihak saling bekerjasama dan berganding diantara satu sama lain untuk jangka masa lebih panjang.

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search