KEJOHANAN MUAY THAI PIALA Y.T.M UNDANG LUAK JOHOL 2025

Gemas, 25 Januari 2025 (Sabtu) – Julung kalinya telah diadakan Kejohanan Muay Thai Piala Y.T.M Undang Luak Johol 2025 bertempat di Dewan Besar Gemas anjuran Bullets Muaythai Club dengan kerjasama Balai Rasmi Undang Luak Johol dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.
Nama kejohanan ini juga menempa keunikan tersendiri setelah mendapat perkenan sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Yang Teramat Mulia Dato’Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’Haji Muhammed bin Haji Abdullah D.T.N.S, A.N.S, P.M.C, P.J.K, Undang Luak Johol yang ke-59.
Sebanyak 110 pertembungan antara petarung melibatkan 13 kategori pro dan selebihnya kategori amatur sepanjang dua hari kejohanan bermula pada hari ini. Majlis Perasmian Pembukaan telah disempurnakan oleh YB Dato’Isam bin Haji Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir memeriahkan majlis adalah En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin dan En. Abdul Rifaat bin Abd Karim, Pengerusi Bullets Muaythai Club.
Kehadiran pengunjung terutamanya masyarakat Gemas amat dialu-alukan bagi memeriahkan Majlis Perasmian Penutupan yang bakal disempurnakan sendiri oleh Y.T.M Undang Luak Johol pada jam 8.30 malam esok.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNbersama
#rakanmuda
#teampbsdtampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search