- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 154
SESI LAWATAN KUNJUNG HORMAT OLEH JABATAN PENJARA MALAYSIA NEGERI SEMBILAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 154
- Seremban
- 6 Januari 2025
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS) dengan sukacitanya telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan) yang diketuai oleh Pengarah Penjara Negeri Sembilan, PKK Ahmad Mustaqim Che Bisi. Sesi yang berlangsung pada 6 Januari 2025 di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, menjadi platform untuk perbincangan strategik antara kedua-dua agensi.
Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah JBSNS yang mengalu-alukan kehadiran delegasi Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan). Turut hadir bagi pihak JBSNS adalah Puan Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah JBSNS, En. Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah JBSNS, Encik Zulfadli Ahmad selaku Pegawai Rakan Muda JBSNS, Puan Cindy Usun Sigau selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, Encik Mohd Faizal bin Mohd Arif selaku Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Paroi, dan Encik Nizam bin Mohd Top mewakili Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.
Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai JBSNS oleh En. Rosdi bin Pilus yang memperkenalkan fungsi, pencapaian, dan inisiatif utama jabatan dalam keseluruhan aspek termasuk pembangunan sukan dan belia. Seterusnya, PKK Ahmad Mustaqim Che Bisi menyampaikan pembentangan mengenai Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan). Fokus utama pembentangan adalah keberkesanan program pemulihan dalam komuniti, yang menunjukkan kadar pengulangan perlakuan jenayah yang lebih rendah dalam kalangan penghuni penjara yang mengikuti program seperti ini berbanding mereka yang menjalani hukuman sepenuhnya di dalam penjara.
Selain itu, perbincangan turut menjurus kepada potensi kolaborasi strategik antara JBSNS dan Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan). Semoga sesi kunjung hormat ini menjadi titik tolak kepada kerjasama yang lebih erat antara JBSNS dan Jabatan Penjara Malaysia (Negeri Sembilan) dalam memperkasa pembangunan belia, sukan, komuniti, dan kesejahteraan sosial di Negeri Sembilan.