- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 101
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH REMBAU 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 101
14/03/2025 | Jumaat
Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abu Hassan Sail
Rembau - Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Rembau 2025 diteruskan lagi dengan Pertandingan Hafazan Kategori Lelaki Dan Perempuan bagi mencari peserta yang akan mewakili daerah Rembau ke peringkat negeri.
Untuk Pertandingan Hafazan ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Abu Hassan Sail (SEMADAH), Pedas.
Turut hadir pada Program ini, Tuan Haji Mohd Nadzmi Bin Sulaiman, Penolong PPD Unit Pendidikan Islam, Tuan Mohd Hapizi Bin Mohamad Ali, Pengetua SEMADAH dan Puan Fairuz Binti Mohamad Nor, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Rembau.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para peserta yang menyertai pertandingan ini. Semoga terus berjaya untuk pertandingan di peringkat Negeri nanti . PBSD Rembau mengucapkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program ini. Dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan dan pengisian yang bermanfaat kepada para pelajar terutama di bulan Ramadan ini
#PBSDRembau
#RakanMudaRamadan