Program Rakan Muda Ramadan ( Pertandingan Hafazan Al-Quran & Nasyid ) Tahun 1446H / 2025 Peringkat Daerah Kuala Pilah

12 Mac 2025 (Rabu) Kuala Pilah - Telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadan (Pertandingan Hafazan Al-Quran dan Nasyid) Tahun 1446H / 2025 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti, Kuala Pilah.
Program ini anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah beserta institusi yang menjadi rakan kerjasama pelaksana iaitu Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah & SMK Tunku Besar Burhanuddin, Seri Menanti (SMK TBB).
Program ini disertai seramai 120 peserta/pelajar iaitu 10 peserta Hafazan (5 Lelaki & 5 Perempuan) dan 10 Kumpulan Nasyid.
Perasmian program disempurnakan oleh Encik Nor Rashidi bin Hj. Ramdzan (Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah),
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Encik Ruslan bin Mohd Amin (Pen. PPD Kuala Pilah : Ko-Kurikulum), Encik Ramli bin Zainuddin (GPK Ko-Kurikulum SMK TBB), Puan Selamah binti Pilus (GPK Akademik SMK TBB), Puan Normawati binti Zakariah (GPK-HEM SMK TBB), Guru-guru dan para pelajar SMK TBB, Encik Syaiful Azlan bin Abdul Jalil dan Encik Izhar bin Kamis (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah).
Dengan adanya program seperti ini, diharapkan ianya dapat menyemarakkan lagi aktiviti khusus Rakan Muda dibulan Ramadan, menyerlahkan bakat seni berkumpulan (Nasyid) dan kebolehan menghafal Al-Quran dikalangan orang muda khususnya remaja Islam.
Semoga program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa-masa yang akan datang sesuai dengan slogannya "Rakan Muda - Yakin Boleh".
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbns9
#JBSNBersama

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search