๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐— ๐—จ๐——๐—” ๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐——๐—”๐—˜๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—˜๐— ๐—ฃ๐—ข๐—Ÿ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ/๐Ÿญ๐Ÿฐ๐Ÿฐ๐Ÿฒ๐—›

- 11 Mac 2025 (Selasa)
- Dewan Gemilang, MRSM Serting

JEMPOL - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) kembali lagi dengan program Rakan Muda Ramadan. Program ini merupakan salah satu platform pengisian aktiviti belia pada bulan Ramadan yang dilaksanakan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan pelbagai aktiviti kerohanian dan beberapa pertandingan.
Hari ini, bertempat di Dewan Gemilang, MRSM Serting telah diadakan Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jempol dengan melaksanakan Pertandingan Hafazan dan Nasyid bagi mencari bakat dan persiapan mewakili daerah ini ke peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan pada 20 Mac 2025 akan datang.
Program Rakan Muda Ramadan Daerah Jempol kali ini mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu, JHEAINS Daerah Jempol dan MRSM Serting. Penyertaan pertandingan hafazan & nasyid adalah daripada sekolah-sekolah menengah sekitar Daerah Jempol dan MRSM Serting.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Tuan Anuar bin Rahim, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol & Jelebu. Turut hadir menyerikan program dan sesi penyampaian hadiah adalah Encik Mohd Ali bin Mohd Yusof, Pengetua MRSM Serting, Encik Mohd. Khairul Hamizan bin Sa'at, Penolong Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Encik Muhammad Zaini bin Awalludin, Timbalan Pengetua (Pembangunan Bakat) MRSM Serting dan Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Seramai 14 peserta lelaki dan 8 peserta perempuan berentap bagi merebut gelaran juara hafazan peringkat daerah Jempol. Manakala, seramai 6 kumpulan telah menyertai pertandingan nasyid.
Senarai Pemenang :-
ย  Pertandingan Hafazan (Lelaki)
ย  - Sdra. Muhammad Alwi Fakhrudin, Maahad Tahfiz Raudhatul Quran Ibrahimiyyah Serting Tengah.
ย  - Sdra. Muhammad Aqil bin Mohd Syamsul Akmal, SBPI Jempol, Batu Kikir
ย  - Sdra. Hariz Zafran bin Mohd Helmy, SMA Hj. Muhamad, Bahau

ย  Pertandingan Hafazan (Perempuan)
ย  - Sdri. Nur Syaffiahtul Hanis, SBPI Jempol, Batu Kikir
ย  - Sdri. Quwwatun Aqidah bt Ahmad Kamal, SMA Hj. Muhamad, Bahau
ย  - Sdri. Junaina Wardina bt Armi Syahrin, SMA Hj. Muhamad, Bahau

ย  Pertandingan Nasyid (Berkumpulan)
ย  - Azra Voices, SMK Felda Palong 7
ย  - South Mumtaz, SMK Serting Hilir Kompleks
ย  - Shoutulnajah, MRSM Serting

Syabas dan tahniah kepada semua peserta dan pemenang yang telah menyertai program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jempol hari ini.
Yakin Boleh! Rakan Muda ย 
#MalaysiaMadani
#JBSNKomited
#jbsn9
#pbsdjempol
#rakanmuda
#yakinboleh
#rakanmudaramadan
#fypใ‚ทใ‚šviralใ‚ทfypใ‚ทใ‚š
JBSNegara JBS Negeri Sembilan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Rakan Muda PPD Jempol dan Jelebu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan "Official"

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright ยฉ 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search