- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 103
PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 103
14 Mac 2025 (Jumaat) - Pertandingan Mimbar Daie Program Rakan Muda Ramadhan Daerah Port Dickson 2025 bertempat di Sekolah Menengah Agama (SMA) Chuah telah berlangsung pada 13 Mac 2025 (Khamis).
Seramai 16 orang peserta yang berumur 13 - 17 tahun terlibat dalam menjayakan program ini.
Program ini mendapat kerjasama yang erat daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Port Dickson serta SMA Chuah.
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohd Shahrizal bin Abdul Samad, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Unit Pendidikan Islam, PPD Port Dickson
Turut hadir sama ke Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah ialah Encik Rasis bin Jalil, GPK Hal Ehwal Murid SMA Chuah.
Johan Kategori Lelaki telah dimenangi oleh Adik Wan Muhammad Adam dari SMA Telok Kemang manakala Johan Kategori Wanita dimenangi oleh Adik Nor Yasmin binti Mohd Shahrizal SMA Chuah.
Jom Sertai Rakan Muda
Layari pautan https://www.kbs.gov.my/rakanmuda untuk Sertai Rakan Muda.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA
#Teamkbs
#Teamjbsn
#Teamjbsns
#Teampbsdpd
#Yakinboleh
#Rakanmuda