RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH JELEBU 2025

JELEBU, 12 Mac 2025 – Telah berlansung Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jelebu bagi tahun 2025 bertempat di Sekolah Menengah Agama Dato’Haji Tan Ahmad (SMADATA), Simpang Durian, Jelebu.
Program yang membantu menyerlahkan potensi setiap individu belia dengan meraikan kepellbagaian dan kelainan yang ada pada diri mereka telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada golongan belia bersekolah yang ada di Daearah Jelebu.
Sebanyak tiga acara telah dipertandingkan iaitu, pertandingan hafazan, pertandingan nasyid berkumpulan dan pertandingan azan. Program yang mendapat kerjasama daripada Pejabat Pendidikan Daerah Jempol/Jelebu dan SMA Dato’ Haji Tan Ahmad ini telah menarik penyertaan seramai 85 Orang peserta yang berusia 13 – 17 tahun.
Pemenang acara Hafazan dan Nasyid peringkat daerah akan mewakili Daerah Jelebu ke Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Sembilan yang akan diadakan pada 18 Mac 2025 bertempat di Masjid Muhammad Al-Fateh Forest Heights, Seremban.
#RakanEkspresi
#rakanmuda
#pbsdjelebu
#jelebu
#jbsn9
#JBSNBersama
#TeamKBS
#rakanmudaramadan

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search