MESYUARAT PENYELARASAN PELAKSANAAN PROGRAM RAKAN MUDA TAHUN 2025

PAROI, 7 MEI 2025 - Satu Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program Rakan Muda Tahun 2025 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Aras 1, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.
Mesyuarat ini di dipengerusikan oleh Encik Azmee Amar Azwan bin Mostapa Pegawai Rakan Muda Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS), turut hadir pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSNS dan semua Pembantu Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bahagian Rakan Muda bagi membincangkan perancangan program-program yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Dengan slogan “Yakin Boleh” diharap pelaksanaan program rakan muda ini dapat memberi impak dan manfaat kepada semua belia di luar sana.
#rakanmuda
#yakinboleh
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search