- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 147
GERAKAN MEMPERKASA SEKRETARIAT RAKAN MUDA IPT DI DAERAH PORT DICKSON
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 147
Port Dickson, 8 Mei - Telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Aktiviti Sekretariat Rakan Muda-IPT (SRM-IPT) Peringkat Daerah Port Dickson bagi separuh tahun pertama 2025 pada hari ini bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson.
Sebanyak 2 buah SRM-IPT yang telah berdaftar bagi menggerakkan aktiviti 10 Gaya Hidup Rakan Muda iaitu SRM-IPT Politeknik Port Dickson (PoliPD) dan SRM-IPT Kolej UNITI Port Dickson.
SRM-IPT PoliPD telah diwakili oleh Encik Mohd Fakhrur Razi Misran dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Encik Yusnizam Yahaya selaku Penasihat SRM-IPT PoliPD bersama beberapa Ahli Jawatankuasa SRM-IPT PoliPD.
Manakala SRM-IPT Kolej UNITI Port Dickson diwakili oleh Encik Syazwan Shaari dari Bahagian HEP merangkap Penasihat SRM-IPT Kolej UNITI Port Dickson
Mesyuarat dimulakan dengan sesi suai-kenal antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah, Encik Mohd Faizal Mohd Arif dengan wakil dari kedua-dua SRM-IPT. Proses suai-kenal ini turut berkisar tentang objektif dan tujuan penubuhan kedua-sua buah SRM-IPT serta aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2024.
Seterusnya, Encik Mohd Azam Zakaria, Pegawai Unit Rakan Muda PBSD Port Dickson membincangkan perkara-perkara yang merangkumi pelaporan tahunan seperti Maklumat Yang Kena Hantar (MYKH) serta dana-dana bantuan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang boleh dimohon oleh SRM-IPT bagi menggerakkan aktiviti dalam mempromosikan 10 Gaya Hidup Rakan Muda di peringkat IPT.
Turut hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Zuraidah Mat Ratin, Pegawai Unit Belia PBSD Port Dickson dan Puan Siti Alifah Hamzah, Pegawai Unit Sukan PBSD Port Dickson.
Jom Sertai Rakan Muda
https://www.kbs.gov.my/rakanmuda
YAKIN BOLEH RAKAN MUDA!
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#Teamkbs #TeamJBSNS
#RakanMuda #YakinBoleh