KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA INDOOR PIALA YB PARLIMEN TAMPIN 2025

TAMPIN, 10 Mei 2025 (Sabtu) – Telah berlangsung Kejohanan Memanah Terbuka Indoor Piala YB Parlimen Tampin 2025 bertempat di Kompleks Arena Dataran Tampin.
Kejohanan yang bermula dari 10 – 12 Mei 2025 ini telah menarik seramai 500 penyertaan dari kelab-kelab memanah dalam dan luar negeri antaranya Johor, Melaka, Selangor, Pahang, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak 5 kategori mengikut jantina dan peringkat umur akan dipertandingkan pada kejohanan kali ini.
Kejohanan ini adalah anjuran Kelab Memanah Top Point (TAC) bersama MHP Nur Archery dengan kerjasama Pejabat Parlimen Kawasan Tampin, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin dan Majlis Daerah Tampin.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dato’ Mohd Isam bin Hj. Mohd Isa, Ahli Parlimen Malaysia Kawasan Tampin. Turut hadir bersama ialah Puan Suriani binti Salihan, Yang DiPertua Majlis Daerah Tampin. En. Mohd Asri bin Md Yusof, Ketua Penolong Pegawai Daerah Tampin, En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Tuan Insp. Imanul Hassan bin Mohamad Shah, Ketua Polis Balai Tampin dan Puan Norzaimatul Zaila binti Kamaruzaman, Presiden Kelab Memanah Top Point serta beberapa orang ketua jabatan dan wakil agensi yang lain.
Jawatankuasa pengelola mengucapkan ribuan terima kasih atas khidmat Pejabat Parlimen Kawasan Tampin, Majlis Daerah Tampin, Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin, Pejabat Kesihatan Daerah Tampin, Pejabat RELA Daerah Tampin, Excella Archery Proshop selaku penaja utama serta jabatan dan agensi dalam membantu kelancaran sepanjang kejohanan ini.
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamJBSN9
#JBSNBersama
#PBSDTampin

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search