- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 76
PERBINCANGAN AKHIR PROGRAM SEMARAK HARI BELIA NEGARA DAERAH PORT DICKSON 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 76
Port Dickson, 8 Mei - Bahang Program Semarak Hari Belia Negara (HBN) Daerah Port Dickson semakin dirasai di mana ianya bakal dilaksanakan pada 15 Mei 2025 (Khamis) bertempat di Kolej Vokasional Port Dickson. Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson dan Majlis Belia Daerah (MBD) Port Dickson telah mengadakan satu sesi perbincangan akhir bagi penyelarasan Program Semarak HBN Daerah Port Dickson 2025 hari ini yang bertempat di PBSD Port Dickson.
Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Faizal Mohd Arif, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson bertujuan untuk menyelaras persiapan akhir dan memperhalusi susunatur aktiviti yang bakal dilaksanakan tidak kurang seminggu dari sekarang.
Encik Mohd Khairi Kamaruddin selaku Pengerusi MBD Port Dickson telah membentangkan senarai aktiviti mengikut segmen/port pilihan serta perancangan menyeluruh seperti yang telah dimuktamadkan dalam mesyuarat jawatankuasa program bersama badan gabungan MBD Port Dickson. Perbincangan ini mengamalkan konsep terbuka dan komunikasi dua hala bagi mencapai kesepakatan demi kelancaran program kelak.
Turut hadir bersama dalam sesi perbincangan ini ialah Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Puan Khairina Kamaruddin, Setiausaha Kehormat MBD Port Dickson, Encik Mohd Hanif Nadri, Ahli Jawatankuasa (AJK) MBD Port Dickson dan Encik Mahadi selaku Pengerusi Kelab Rakan Muda (KRM) Teluk Kemang bersama barisan AJKnya.
#JBSN #JBSNBersama #TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#beliamy #YakinBoleh
#MBDPortDickson #MenggerakBelia