- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 69
KEFA AEROFITT SPORTS CLUB TERUS KOMITED BERSAMA PBSD PORT DICKSON
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 69
Port Dickson, 09 Mei - KEFA Aerofitt Sports Club (KEFA) merupakan sebuah kelab kecergasan di daerah Port Dickson yang menjalankan aktiviti kecergasan seperti senamrobik, senamtari, larian, sukan jalan kaki dan sebagainya. Kelab sukan yang dipelopori oleh kaum wanita ini mempunyai sebilangan instruktor kecergasan bertauliah dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kelab sukan ini berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan (PJS) semenjak tahun 2018 telah menjadi rakan strategik Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson saban tahun.
Satu sesi perbincangan bersama Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson telah diadakan pada 08 Mei 2025 jam 09.00 malam bertempat di PBSD Port Dickson. Perbincangan ini antara lainnya adalah untuk suaikenal di antara Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Encik Mohd Faizal Mohd Arif dan kepimpinan baharu KEFA di samping membincangkan perihal perjalanan kelab, perancangan program tahunan kelab serta pemakluman dana bantuan yang disediakan oleh pihak KBS.
Rombongan kecil KEFA yang diketuai oleh Puan Zarina Harun selaku Pengerusi KEFA telah membentangkan pelaporan tahunan serta program dan aktiviti yang telah dijalankan oleh kelab ini sepanjang tahun 2024. Beliau turut membentangkan perancangan aktiviti tahunan bagi tahun 2025.
Encik Mohd Faizal Mohd Arif menyambut baik pelaporan dan perancangan program yang dibentangkan oleh KEFA dan berharap agar kerjasama yang terjalin sebelum ini dapat diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang. Ianya adalah demi kepentingan komuniti setempat agar mendapat pendedahan berkaitan aktiviti kecergasan serta dapat mengamalkan gaya hidup sihat dalan kehidupan seharian.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ialah Puan Siti Alifah Hamzah dan Encik Mohd Azam Zakaria dari PBSD Port Dickson serta Puan Siti Fauziah Jaafar, Puan Noormilah Abu Bakar dan Puan Rozita Adam dari KEFA.
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#Teamkbs #TeamJBSNS
#KEFAAerofittSportsClub
#dontsitgetsweat #getfit