JELAJAH TAKLIMAT PROGRAM ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA DAERAH PORT DICKSON SIRI 5

Telok Kemang, 11 Jun - Seramai 246 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Telok Kemang (SMATKEM) telah berjaya menghadiri Program Taklimat Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) bagi siri kelima bertempat di Dewan Serbaguna sekolah tersebut hari ini.
Sesi taklimat telah disampaikan oleh Encik Mohd Azam Zakaria dari Unit Pembangunan Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Port Dickson sambil dibantu oleh Puan Siti Alifah Hamzah.
Sesi taklimat yang dijalankan mengamalkan konsep komunikasi dua hala yang memberi peluang kepada para audien berinteraksi secara terus dengan penceramah. Para pelajar turut menunjukkan minat untuk menyertai program ARPRM dengan pelbagai soalan yang dilontarkan bagi meningkatkan pemahaman tentang perjalanan program anugerah ini.
Puan Syafinaz Abdullah selaku wakil Pengetua SMATKEM mengucapkan terima kasih kepada PBSD Port Dickson di atas perkongsian program yang bermanfaat ini dan beliau berharap dengan pendedahan dan penglibatan para pelajar SMATKEM dalam program ARPRM ini dapat menjadi nilai tambah kepada para pelajar selain mengejar Sijil Syahadah 30 Juzuk Al-Quran. Turut hadir bersama ialah Puan Zuraidah Mat Ratin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson.
YAKIN BOLEH, RAKAN MUDA!
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDPortDickson
#TeamKBS #TeamJBSNS
#YakinBoleh #RakanMuda #ARPRM

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search