- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
KUNJUNGAN HORMAT PEJABAT PERPADUAN DAERAH SEREMBAN KE PBSD SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 52
Seremban, 13 Jun 2025 - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban telah menerima kunjungan hormat dari Pegawai dan kakitangan Pejabat Perpaduan Daerah Seremban, di sini hari ini. Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh Encik Mohamad Firdaus Bin Baharudin, Pegawai Perpaduan Daerah Seremban. Turut bersama Encik Mohd Zubir Bin Md Zain, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Seremban; Encik Muhammad Asraff Lee Bin Abdullah, Penolong Pegawai Perpaduan Zon 5 Seremban dan Encik Maarof Bin Ariffin, Timbalan Pengerusi KRT Dpalma Delise.
Kunjung hormat ini bertujuan untuk berkenalan dan beramah-mesra dengan pegawai-pegawai yang baharu berpindah ke PBSD Seremban serta membincangkan program-program yang boleh dikolaborasi bersama antara kedua-dua agensi ini.
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama barisan pegawainya menyambut baik kedatangan pegawai-pegawai dari Pejabat Perpaduan Daerah Seremban dan turut berbesar hati untuk merealisasikan kebersamaan serta kebersediaan dalam menjayakan program-program kolaborasi dengan kedua belah pihak demi kepentingan belia dan komuniti khususnya di Daerah Seremban.
Kedua-dua agensi amat berpuas hati dengan pertemuan ini dan berharap agar jalinan kerjasama yang bakal terlaksana akan membuahkan hasil yang memberangsangkan demi kepentingan golongan belia dan masyarakat.
Pejabat Perpaduan Daerah Seremban
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban
