PROGRAM RAKAN MAHIR SKILLS FOR LIFE @ PARLIMEN: PERCETAKAN DIGITAL @ HEAT PRESS PRINTING DAERAH SEREMBAN 2025

14 Jun 2025 (Sabtu), Seremban - Telah berlangsung Program Rakan Mahir Skills For Life @ Parlimen: Percetakan Digital @ Heat Press Printing Daerah Seremban bertempat di Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz, Seremban yang telah disertai seramai 31 orang peserta.
Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban bersama Kelab Belia Manis Ampangann.
Antara pengisian dalam program ini, para peserta dapat belajar membuat reka bentuk (design) sendiri disamping memghasilkan produk sendiri melalui kemahiran menggunakan mesin tekanan haba (heat press) pada t-shirt dan mug. Selain itu para peserta juga mempelajari cara-cara membuat keychain button badge.
Majlis penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati telah disempurnakan oleh Datin Sri Hajah Nurul Hidayah Seah Binti Abdullah, Pengetua Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz. Turut hadir Puan Hajah Raba'a Binti Arshad GPK Kokurikulum Kolej Tingkatan 6 Tuanku Muhriz, Puan Nazmizana Binti Mohd, Guru Penasihat Kelab Rakan Muda, Cik Reena Nornisha Binti Nordin, Encik Mohd Khushairi Bin Zainal, kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Seremban, Cik Nur Anisa Binti Abd Rahman, Pengerusi Kelab Belia Manis Ampangann serta ahli-ahlinya dan Encik Nor Faizal Bin Nordin selaku tenaga Pengajar.
Hannah Yeoh
Adam Adli
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
KBSMalaysia Rakan Muda
#JBSN #JBSNBersama
#TeamPBSDSeremban
#TeamKBS #TeamJBSN9
#YakinBoleh #RakanMuda #SkillsForLife

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search