- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
KEMAHIRAN LATIHAN ASAS (KLAS) RENANG FASA 1 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 54
13 Jun 2025, Seremban - Kemahiran Latihan Asas Sukan Renang (KLAS Renang) Fasa 1 Peringkat Negeri Sembilan telah bermula pada 12 Jun 2025 dan akan berakhir pada 27 Jun 2025 bertempat di Sekolah Tinggi Chung Hua, Seremban.
KLAS yang diadakan selama 6 sesi ini melibatkan 40 peserta yang dipilih berdasarkan kuota yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Finswimming Negeri Sembilan.
Peserta terdiri daripada anak-anak berumur 6 hingga 12 tahun yang tidak mempunyai asas renang. Pakaian renang, goggles dan penyertaan percuma menambah lagi keseronokan peserta yang rata-rata kali pertama datang menghadiri latihan renang pada kali ini. Sesi pada petang ini dihadiri oleh YB Ng Chin Tsai, ADUN Temiang, Dr Sua Sin Zang Pengetua Sekolah Tinggi Chung Hua Seremban, Encik Ravivarma, Presiden Persatuan Finswimming Negeri Sembilan dan Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Diharapkan dengan adanya program ini dapat memberi kemahiran berenang kepada anak-anak di sekitar Seremban bagi mengelakkan kejadian lemas berlaku samada semasa kejadian banjir ataupun berada di kolam mandi.
#KLASRenang
#jbsn9
#teamkbs
#teamjbsn9