KUNJUNG HORMAT BERSAMA YB EXCO PEMBANGUNAN BELIA & SUKAN NEGERI SEMBILAN

PALONG, 13 Jun 2025 - Satu sesi kunjung hormat telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol bersama YB Dato' Hj. Mustapha bin Nagoor, Exco Pembangunan Belia & Sukan Negeri Sembilan pada hari ini.
Sesi kunjung hormat bermula dengan perkenalan dari En. Nor Rashidi bin Ramdzan selaku Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol yang baharu. Agenda perbincangan adalah mengenai pelaksanaan program-program pembangunan belia, sukan dan rakan muda di daerah Jempol pada tahun ini.
YB Exco juga turut mencadangkan untuk melaksanakan beberapa program belia untuk belia-belia di daerah jempol khasnya dan mencadangkan untuk menambahkan jumlah-jumlah persatuan atau kelab belia dan sukan di Daerah Jempol supaya dapat meningkatkan lebih ramai pemimpin-pemimpin dan belia yang berkemahiran di Daerah Jempol pada masa akan datang.
Sesi kunjung hormat juga telah dihadiri bersama oleh En. Mohd Saiful bin Abdul Talib, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol, dan Puan Darmatafsiah binti Zainol, Pembantu Tadbir Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol.
Semoga sesi kunjung hormat ini sedikit sebanyak dapat bersama-sama berkongsi idea dan bertukar pendapat seterusnya dapat memperkasakan pembangunan belia dan sukan di Daerah Jempol khasnya.
#MalaysiaMADANI
#JBSNBersama
#pbsdjempol

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search