KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEREMBAN & PENERANGAN MENGENAI PROGRAM-PROGRAM PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH SEREMBAN TAHUN 2025

12.06.2025, SEREMBAN – Jalinan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan amat penting dalam mencapai misi dan visi kerajaan, khususnya dalam aspek pembangunan belia, sukan, dan komuniti. Pada pagi ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban telah mengadakan kunjung hormat ke Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, bertemu dengan Tuan Daing Muhamad Rahimi bin Abdul Hamid, Timbalan Pentadbir Tanah Daerah Seremban, bagi mengadakan sesi perbincangan mengenai jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua agensi membincangkan peluang kerjasama dua hala dalam merangka, menyelaras, dan merancang pelbagai program dan aktiviti bersama, khususnya dalam pembangunan belia dan sukan di daerah Seremban.
Selain itu, sesi penerangan mengenai program-program Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban untuk tahun 2025 turut diadakan. Salah satu program utama yang dibincangkan adalah 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝘂𝗻𝗱𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮 (𝗠𝗣𝗕𝗡) 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗿𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻. Sesi ini bertujuan memberi penerangan yang lebih mendalam mengenai peranan, struktur, dan hala tuju MPBN menjelang persidangan yang akan datang.
Turut hadir dalam sesi perbincangan ini adalah Puan Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban, bersama Puan Fairuz M. Nor dan Cik Reena Nornisha binti Nordin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Semoga dengan adanya sesi kunjung hormat ini, hubungan dan kerjasama antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan Pejabat Daerah dan Tanah Seremban, serta agensi kerajaan lain, dapat terus diperkukuh. Kerjasama ini diharapkan menjadi titik permulaan bagi usaha-usaha yang lebih berjaya dalam memajukan pembangunan belia dan sukan di daerah ini.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search