- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 47
SESI KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN PROGRAM BERSAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SEREMBAN
- JBS Negeri Sembilan
- Hits: 47
17 Jun 2025 (Selasa), Seremban – Telah berlangsung satu sesi Kunjungan Hormat dan Perbincangan Program bersama Pejabat Pendidikan Daerah Seremban.
Tujuan utama sesi kunjungan hormat ini adalah bagi perbincangan dan persetujuan kerjasama untuk pelaksanaan Program Fiesta Rakan Muda Peringkat Daerah Seremban yang bakal berlangsung pada 9 Julai 2025 nanti.
Antara tujuan lain adalah bagi mendapatkan penyertaan peserta untuk program-program belia dan program-program sukan yang akan dilaksanakan di Daerah Seremban pada tahun 2025 ini.
Sesi kunjungan hormat ini telah dihadiri oleh En. Hasnidi bin Hassan, En. Mohd Affandi bin Abu, dan En. Muhammad Azim bin Muhamad dari Unit Pembangunan Bakat Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban; Pn. Cindy Usun Sigau, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban; Pn. Fairuz binti Mohamad, Cik Reena Nornisha binti Nordin dan En. Mohd Khushairi bin Zainal dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban.
Adalah diharapkan agar jalinan kerjasama yang bakal terlaksana ini akan membuahkan hasil yang memberangsangkan demi kepentingan golongan belia dan remaja khususnya di Daerah Seremban.
#teamKBS
#teamJBSN
#teamjbsn9
#YakinBoleh
#teampbsdseremban