SEMINAR KECERGASAN EKSEKUTIF PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2025

PORT DICKSON, 13 Jun – Seminar yang julung kalinya dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan dengan mensasarkan Ketua Agensi Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Seramai 22 orang peserta telah berjaya menamatkan seminar ini yang diadakan pada 11 hingga 13 Jun 2025 bertempat di Avillion Admiral Cove Port Dickson.
Antara objektif seminar ini diadakan adalah memberi pendedahan tentang kepentingan mengekalkan tahap kecergasan dalam kehidupan seharian disamping dapat menjalinkan hubungan yang rapat antara Jabatan Belia dan Sukan dengan agensi lain sekaligus membentuk semangat perpaduan dan kerjasama bagi pelaksanaan program dan aktiviti-aktiviti bersama.
Dalam seminar ini, para peserta didedahkan kepada pelbagai sesi interaktif dan latihan praktikal yang memberi fokus kepada aspek kecergasan fizikal, keseimbangan mental, dan pengurusan tekanan kerja.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tuan Ahmad Syariffuddin bin Sarmin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Diharap dengan kehadiran peserta yang mewakili setiap agensi akan mendapat semangat dan inspirasi terutama dalam membudayakan sukan dan dapat diterapkan dalam kalangan warga kerja masing-masing.
#TeamKBS
#TeamJBSN
#TeamSukan
#jbsn9
#TeamJBSN9
#JBSNBersama
#MalaysiaMADANI

Image
D/A Kompleks Belia Dan Sukan Paroi
70400 Seremban Negeri Sembilan
Tel : 06-7613163/06-7641480 | Fax : 06-7625569

jbsn9@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-n9

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 10-10-2025, 16:05:03

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search