- JBS Kelantan
- Hits: 91
PROGRAM PLOGGING@COMMUNITY PERINGKAT DAERAH JELI MELAHIRKAN ANAK MUDA YANG BERTANGGUNJAWAB
JELI, 18 Oktober 2023 - Program Plogging@Community Peringkat Daerah Jeli yang bertempat di Pusat Rekreasi Gunong Reng,Batu Melintang Jeli diharapkan dapat melahirkan anak muda yang bertanggungjawab serta mempunyai kesedaran dalam menjaga kebersihan alam sekitar. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli ini dilaksanakan dengan kerjasama Maktab Rendah Sains Mara Jeli dan Kelab Aerobik Air Lanas ini diharapkan akan dapat menyatukan dan mempergiatkan lagi usahasama antara agensi dan NGO’s dalam dalam memupuk kesedaranan tentang pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.
Seramai 81 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Maktab Rendah Sains Mara Jeli telah terlibat yang mana aktiviti dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya aktiviti membersihkan kawasan kaki gunong dan juga persekitaran Taman Rekreasi Gunong Reng. Aktiviti plogging sejauh 4km ini telah memberi kesedaran kepada peserta bahawa pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar dan sekaligus dapat menyemaikan semangat cintakan alam sekitar dalam diri anak muda. Semua peserta dibekalkan dengan sarung tangan serta plastik sampah untuk aktiviti kutip sampah. Aktiviti kutip sampah oleh peserta telah berjaya dikutip dengan berat sebanyak 96kg sampah dari bahan sisa pepejal.
Program dibawah Gaya Hidup Rakan Bumi ini adalah bertujuan untuk membudayakan gaya hidup cergas melalui aktiviti berjalan kaki serta mengutip sampah dalam kalangan komuniti setempat serta menggalakkan amalan memelihara alam sekitar dan meningkatkan tahap kesihatan komuniti setempat.
Dalam ucapan ringkas Puan Hazmanita binti Che Hamid Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jeli mengambil peluang menerangkan pelbagai inisiatif serta program Rakan Muda sedang dijalankan di seluruh negara dengan matlamat lebih ramai anak muda dapat dilibatkan.Beliau jugak berterima kasih kepada pihak MRSM Jeli diatas kerjasama yang diberikan dan berharap kerjasama yang murni ini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang. Turut hadir dalam program ini Puan Che Azura binti Che An Pengetua MRSM Jeli.
Disediakan oleh :Urus Setia Portal Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli
- JBS Kelantan
- Hits: 91
